Skip to main content

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

 

Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.

            Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.

            Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran formal di institusi pendidikan tinggi, seorang bakal kaunselor akan menjalani praktikal bagi mendepani situasi sebenar dalam bidang kaunseling. Maka, kemahiran tersebut dalam diaplikasikan bila bergelar seorang kaunselor. Kemahiran-kemahiran ini boleh dipelajari dan diamalkan supaya kemahiran yang dipelajari tidak berkarat. Dalam kaunseling, terdapat banyak jenis terapi yang boleh digunakan. Seorang kaunselor seharusnya mempelbagaikan pendekatan dalam sesi kaunseling sesuai dengan personaliti klien.

            Seorang kaunselor juga perlu percaya bahawa setiap klien itu adalah unik dan berbeza. Setiap orang lahir dalam keadaan yang berbeza, mempunyai personaliti berbeza dan memiliki masalah yang berbeza. Maka, kaunselor tidak sepatutnya mendiskriminasikan klien yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerana setiap individu adalah berharga.

            Seorang kaunselor yang efektif juga harus mempunyai dan mengamalkan nilai kerahsiaan yang tinggi. Dalam kaunseling, isu kerahsiaan merupakan salah satu etika seorang kaunselor. Seorang kaunselor perlu memegang etika ini dan jangan mudah mendedahkan maklumat dan masalah klien kepada orang lain. maka, perkhidmatan kaunselor akan lebih dipercayai dan efektif.

            Seorang kaunselor yang efektif juga seharusnya seorang yang pandai berbual, dan mahir dalam mendengar. Kebanyakan klien tidak suka untuk bercerita tentang diri dan masalah. Maka, kaunselor harus bijak dalam bertutur dan berbual dalam membina rapport dan mengendalikan sesi. Kaunselor yang tidak mahir berbual dan mendengar akan menjadikan klien bosan, tidak mempercayai kaunselor dan sesi menjadi hambar.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEORI GAGNE SEMBILAN PERISTIWA PEMBELAJARAN (Gagne Nine Events of Instruction)

                                       Teori Gagne  Nine Events of Instruction  atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh  Robert  M.  Gagne dapat membantu para guru di sekolah untuk memahami proses belajar sehingga  dapat  mempengaruhi  dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sembilan Peristiwa Pembelajaran tersebut termasuklah mendapatkan perhatian, memberitahu pelajar objektif, merangsang ingatan pembelajaran terdahulu, membentangkan kandungan, memberikan ‘bimbingan belajar’, mendapatkan prestasi (amalan), memberi maklum balas, menilai prestasi serta meningkatkan pemahaman dan memindahkan pengetahuan kepada kerja. Menurut Ismail Zain (2002), tidak semua peristiwa pembelajaran digunakan dalam sesuatu rancanga...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...