Skip to main content

CIRI PENETAPAN MATLAMAT KAUNSELING YANG BAIK




            

Antara ciri penetapan matlamat kaunseling yang baik adalah seperti matlamat hendaklah berhubung kait dengan tujuan akhir kaunseling dan hendaklah selari dengan pengakhiran yang dicari oleh klien. Sebagai contoh, seorang pelajar mendapatkan perkhidmatan kaunseling untuk dapat mengubah dirinya untuk lebih rajin belajar. Maka, matlamat kaunseling yang ditetapkan hendaklah seiring dengan matlamat pelajar tersebut.

            Matlamat kaunseling juga perlu eksplisit dan boleh diukur. Dalam penetapan objektif pengajaran dalam kelas, guru perlu menetapkan objektif yang eksplisit dan boleh diukur sebelum melaksanakan pembelajaran di dalam kelas. Objektif yang boleh diukur dan eksplisit memudahkan guru mengukur kefahaman murid dengan lebih baik dan tepat. Sebagai contoh, di akhir pembelajaran murid akan dapat membanding beza antara kehidupan di bandar dan di kampung. Dalam penetapan matlamat kaunseling, matlamat juga harus bersifat eksplisit supaya kaunselor dapat mengukur keberkesanan sesi kaunseling yang dijalankan.

    Selain itu, matlamat kaunseling perlu sejajar dengan pengetahuan dan kemahiran kaunselor. Maksudnya, penetapan matlamat kaunseling tidak melebihi pengetahuan dan kemahiran yang diketahui. Hal ini kerana, seorang kaunselor pakar dalam bidang kaunseling dan bukanlah pakar dalam bidang lain seperti perubatan. Sebagai contoh, seorang kaunselor tidak akan mampu menyelesaikan masalah klien yang mempunyai masalah psikiatri dan mental seperti bipolar disorder dan lain-lain. Maka, jika terdapat permasalahan klien yang di luar bidang pengetahuan dan kemahiran seorang kaunselor, ianya hendaklah di rujuk kepada pihak yang lebih pakar.

            Matlamat kaunseling yang baik juga hendaklah ditetapkan dalam terma yang positif dan menetapkan perkembangan positif. Matlamat yang negatif akan melibatkan tindakan yang negatif. Begitu juga sebaliknya.

            Yang terakhir, matlamat kaunseling hendaklah sesuatu yang boleh dicapai. Dalam kata lain, matlamat tersebut boleh dilakukan dan bukannya sesuatu yang mustahil.

Comments

Popular posts from this blog

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...

ISU PENDIDIKAN DI JEPUN (Issues of Education in Japan)

  Dua isu utama pendidikan yang membimbangkan para pendidik di negara Jepun dapat dilihat melalui isu peraturan ketat bagi pematuhan disiplin dan tekanan yang dialami disebabkan persaingan sengit yang berlebihan.             Bagi memastikan disiplin pelajar terjamin, peraturan disiplin di Jepun adalah sangat ketat.  Di peringkat menengah misalnya, terdapat pengawasan daripada pihak berkenaan bagi memastikan bahawa semua pelajar akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Antara peraturan yang mesti dipatuhi termasuklah kod etika berpakaian, aktiviti yang dijalankan di luar sekolah dan gaya rambut. Namun, dalam konteks negara Malaysia, perkara sebegini adalah sangat normal kerana kementerian pendidikan turut menggariskan beberapa peraturan yang wajib dipatuhi selagi bergelar seorang murid ataupun pelajar. Peraturan-peraturan ini hendaklah dipatuhi dan terdapat beberapa jenis hukuman yang boleh dilaksanakan mengikut garis panduan yang b...