Skip to main content

KONSEP PENDIDIKAN ASAS, PENDIDIKAN FORMAL, PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (The Concept of Basic Education, Formal Education & Non-formal Education)

 


Penerangan secara terperinci tentang konsep pendidikan asas, pendidikan formal, pendidikan bukan formal adalah seperti berikut:

            Pendidikan asas (basic education) adalah merujuk kepada kegiatan atau aktiviti-aktiviti pendidikan yang pelbagai serta berlaku dalam keadaan yang berbeza. Pendidikan yang  bertujuan untuk memenuhi keperluan pembelajaran asas ini terlibat semasa di sekolah formal di sekolah rendah dan juga menengah. Di Malaysia, antara pendidikan asas yang boleh dilihat adalah di peringkat Prasekolah dan tadika. Di peringkat ini, anak-anak akan mempelajari asas akademik seperti belajar mengenal dan menyebut huruf, menulis huruf dan nombor, mengira dan banyak lagi ilmu pendidikan asas sebagai satu persediaan ke alam persekolahan perdana. Selain itu, anak-anak akan mempelajari ilmu dan kemahiran asas di peringkat awal. Contohnya, di tahap satu murid-murid akan mempelajari operasi asas matematik tambah, tolak, darab dan bahagi sebelum menyelesaikan masalah matematik yang lebih rumit di tahap dua. Di peringkat yang lebih tinggi seperti di Universiti para pelajar akan menduduki program diploma, program asasi ataupun menyambung pelajaran di peringkat kolej matrikulasi terlebih dahulu sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Peringkat pendidikan di Malaysia bermula dari peringkat terendah sehingga teratas. 

            Pendidikan formal (formal education) bermaksud pendidikan kurikulum yang terancang. Pendidikan formal ini kebiasaannya mempunyai sukatan pelajaran yang terancang dan akan melibatkan penilaian. Sistem pendidikan di Malaysia diselia dan dipantau oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Di Malaysia, pendidikan formal terlibat seawal peringkat prasekolah, peringkat sekolah rendah, peringkat sekolah menengah, peringkat pra-universiti dan peringkat Pengajian Tinggi. sehinggalah ke peringkat Universiti. Sekolah tanggungan kerajaan, sekolah kerajaan, sekolah swasta merupakan antara institusi pendidikan formal yang terdapat di Malaysia. Di peringkat yang lebih tinggi, pendidikan formal yang terlibat adalah seperti beberapa Universiti Awam, Universiti Swasta, Institut-institut dan Kolej.

            Pendidikan bukan formal (non-formal education) boleh berlaku atau terjadi di dalam mahupun di luar institusi pendidikan, seperti sekolah dan lain-lain. Pendidikan secara tidak formal ini dialami oleh semua orang dengan tidak mengira faktor peringkat umur. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, pendidikan secara tidak formal akan dialami dan dilalui sejak kecil lagi. Anak-anak seawal usia sebenarnya sudah dididik dari rumah dengan ilmu, pengetahuan atau adab-adab yang baik dan seringkali masyarakat Malaysia beranggapan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya dan usaha mencorak anak-anak yang diumpamakan seperti kain putih adalah bermula daripada pendidikan yang disampaikan dan diajarkan oleh para ibu bapa dan keluarga yang bermula dari rumah. Antara lainnya, anak-anak dari usia kecil akan diajarkan dengan ilmu kemahiran hidup, asas pendidikan awal, ilmu agama dan banyak lagi. Sebagai contohnya, antara pendidikan secara tidak formal yang sering diajarkan adalah seperti anak-anak diajarkan dengan cara memegang pensel, mengenal rasa, mengenal bentuk, cara menghormati orang tua, mengenal haiwan dan tumbuhan, belajar mengaji dan banyak lagi. Program pendidikan bukan formal ini tidak semestinya mengikuti sistem "tangga". Di peringkat sekolah pula, pelbagai ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari oleh murid yang berjalan secara tidak formal. Salah satunya, ilmu dan kemahiran yang boleh didapati melalui perkhemahan iaitu cara memasang khemah, cara memasak, cara menyesuaikan diri di dalam hutan dan lain-lain. Bahkan, di dalam kelas guru juga menyampaikan ilmu pengetahuan yang tidak berkaitan dengan isi pembelajaran tapi ilmu pengetahuan yang bermanfaat dengan menyelitkan perkongsian lain semasa di dalam kelas. Hal sama juga berlaku di peringkat yang lebih tinggi walaupun di berada di alam pekerjaan. Perkongsian hidup dan perkongsian pengalaman juga boleh dikatakan sebagai pendidikan secara tidak formal. Tambahan pula, ilmu pengetahuan juga boleh didapati dengan hanya menonton TV, menonton filem, mendengar radio, pembacaan surat khabar, pembacaan buku, dan melayari internet.

Comments

Popular posts from this blog

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

TEORI GAGNE SEMBILAN PERISTIWA PEMBELAJARAN (Gagne Nine Events of Instruction)

                                       Teori Gagne  Nine Events of Instruction  atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh  Robert  M.  Gagne dapat membantu para guru di sekolah untuk memahami proses belajar sehingga  dapat  mempengaruhi  dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sembilan Peristiwa Pembelajaran tersebut termasuklah mendapatkan perhatian, memberitahu pelajar objektif, merangsang ingatan pembelajaran terdahulu, membentangkan kandungan, memberikan ‘bimbingan belajar’, mendapatkan prestasi (amalan), memberi maklum balas, menilai prestasi serta meningkatkan pemahaman dan memindahkan pengetahuan kepada kerja. Menurut Ismail Zain (2002), tidak semua peristiwa pembelajaran digunakan dalam sesuatu rancanga...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...