Skip to main content

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

 




Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu. Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014), kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain afektif melibatkan perasaan, emosi dan sikap manusia. Domain afektif melibatkan perasaan, emosi, dan sikap kita. Wu, W. H., Kao, H. Y., Wu, S. H., & Wei, C. W. (2019), salah satu tujuan utama kurikulum kajian sosial adalah untuk mempromosikan perkembangan emosi pelajar, termasuk meningkatkan minat mereka untuk belajar, sikap positif, dan identiti budaya tempatan. Casey, Ashley; Fernandez-Rio, J. (2019, guru perlu meletakkan pembelajaran afektif sebagai tujuan utama pengajaran mereka untuk membantu pelajar belajar untuk: (i) menghargai sumbangan mereka sendiri dan orang lain, (ii) menjadi semakin mandiri, (iii) menyesuaikan pengajaran rakan sebaya agar sesuai dengan mereka sendiri dan keperluan orang lain, dan (iv) memikirkan kemampuan dari segi sumbangan dan bukan hanya prestasi. Domain psikomotor pula melibatkan pergerakan fizikal, koordinasi dan penggunaan bidang kemahiran motor. Perkembangan kemahiran ini memerlukan latihan dan diukur dari segi kepantasan, ketepatan, jarak, prosedur atau teknik dalam pelaksanaan. T. M Iconomescu, V. Mindrescu, L.G Talaghir. (2017), kajian mengenai tingkah laku motor dalam aktiviti fizikal dan sukan sangat penting kerana aspek motor adalah utama dalam aktiviti fizikal. Oleh itu, kemahiran psikomotor berperanan penting dalam proses pengajaran dan pendidikan seperti Pendidikan Jasmani.

            Menurut Hoque (2017), salah satu prinsip asas yang mesti dipertimbangkan dan dipegang dalam penilaian adalah keseluruhan prinsip. Penilaian pencapaian pembelajaran mesti merangkumi tiga aspek, iaitu kognitif (pemahaman bahan), afektif (sikap), dan psikomotor (kemahiran). Kenyataan ini sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Namun, di penulisan ini penulis akan menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan domain kognitif yang terdapat dalam Taksonomi Bloom. Dalam domain kognitif, Bloom  telah memperkenalkan enam tahap kognitif iaitu;  pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Namun, pada tahun 1994, salah seorang murid Bloom iaitu Lorin Anderson dan David Krathwohl iaitu  rakan Bloom telah memperbaiki dan menyemak semula Taksonomi Bloom yang lama agar ianya bersesuaian dengan perubahan zaman. Hasil daripada semakan semula dan penambahbaikan tersebut, maka terbitlah Revisi Taksonomi Bloom yang diterbitkan pada tahun 2001. Namun yang demikian. semakan semula ini hanya dijalankan pada domain kognitif. Rajah yang ditunjukan berikut merupakan gambaran jelas berkenaan Taksonomi Bloom pada tahun 1956 dan Revisi Taksonomi Bloom yang disemak semula pada tahun 2001.



Hasil daripada semakan semula tersebut, terdapat perubahan dari segi penggunaan kata kunci yang menggunakan kata nama pada Taksonomi Bloom dan  pada Revisi Taksonomi Bloom ianya ditukarkan menjadi  kata kerja. Selain itu, terdapat juga perubahan pada tahap hierarki yang kelima dan keenam. Berikut merupakan huraian lanjut berkaitan perubahan yang dilakukan kepada Taksonomi Bloom:  

1.     Pada tahap 1, pengetahuan ditukarkan kepada mengingat.

2.     Pada tahap 2, kefahaman ditukarkan kepada diubah memahami.

3.     Pada tahap 3, aplikasi  ditukarkan kepada mengaplikasi.

4.     Pada tahap 4,  analisis ditukarkan kepada menganalisis.

5.     Pada tahap 5, sintesis ditukarkan  kepada menilai yang pada asalnya dikenali sebagai penilaian.

6.   Pada tahap 6, penilaian ditukarkan  kepada mencipta yang pada asalnya dikenali sebagai sintesis


Namun, dari segi tahap kognitif pula tidak ada perbezaan antara Taksonomi Bloom dan Revisi Taksonomi Bloom yang mana kedua-duanya menetapkan bahawa tiga aras pertama adalah Kemahiran Berfikir Aras Rendah dan tiga aras teratas pula adalah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Secara kesimpulannya, Taksonomi Bloom terdiri daripada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian manakala Revisi Taksonomi Bloom pula terdiri daripada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Rajah berikut menunjukkan penerangan lanjut berkaitan enam aras kognitif yang terdapat di dalam Revisi Taksonomi Bloom: 




Selain itu, rajah tersebut juga menunjukkan bahawa pada setiap aras dalam Revisi Taksonomi Bloom  terdapat beberapa kata kunci yang boleh dijadikan panduan yang boleh digunakan oleh warga pendidik dalam menetapkan objektif pembelajaran bagi setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di dalam kelas. Dalam penetapan objektif pembelajaran, setiap guru perlu mengenal pasti terlebih dahulu tahap kognitif setiap orang murid yang berada di dalam kelas. 




REFERENCES/ RUJUKAN

 

 

 

Casey, Ashley; Fernandez-Rio, J. (2019). Cooperative Learning and the affective domain. Loughborough University. Journal contribution. https://hdl.handle.net/2134/36631


Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan,M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014). Cognitive Skills, Student Achievement Tests, and Schools. Psychological science, 25(3), 736–744. https://doi.org/10.1177/0956797613516008


Hoque, M.E.(2017). Three Domains of Learning: Cognitive, Affective and Psychomotor. The Journal of EFL Education and Research (JEFLER), 2(2), 45- 52.

 

T. M Iconomescu.,V. Mindrescu,.L.G Talaghir. (2017). The Importance of Motion Game in the Psychomotor Development of Pre-schoolers during the Physical education Class. SHS Web of Conferences. https://doi:10.1051/shsconf/20173701070


Wu, W. H., Kao, H. Y., Wu, S. H., & Wei, C. W. (2019). Development and Evaluation of Affective Domain Using Student's Feedback in Entrepreneurial Massive Open Online Courses. Frontiers in Psychology10, 1109. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2019.01109





Comments

Popular posts from this blog

INTERVENSI KAUNSELING UNTUK MEMBANTU PELAJAR YANG LEMAH DALAM AKADEMIK (Counseling Interventions to Help Students Who Are Weak in Academics)

Dalam membantu pelajar lemah dari segi akademik, pelbagai intervensi kaunseling yang boleh dilakukan. Pertama, kaunselor boleh menjalankan kaunseling individu bersama pelajar terbabit bagi mengenalpasti masalah sebenar pelajar dan punca sebenar. Kemungkinannya, masalah berpunca dari rumah, di sekolah ataupun masalah yang berpunca dari pelajar itu sendiri. Maka, setelah punca dikenalpasti, intervensi lain bagi mengatasi punca tadi dapat dirancang untuk dilaksanakan.             Selain itu, kaunselor boleh menjalankan kaunseling kelompok yang berkaitan dengan laluan kerjaya. Dalam sesi kelompok ini, kaunselor melibatkan pelajar yang lemah dengan ahli-ahli kelas yang lain. sesi ini bukan sahaja akan memotivasikan pelajar lemah bahkan juga pelajar-pelajar yang lain. selain itu, ahli-ahli kelas turut dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan rakan-rakan mereka di dalam kelas.             Interve...

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

TEORI GAGNE SEMBILAN PERISTIWA PEMBELAJARAN (Gagne Nine Events of Instruction)

                                       Teori Gagne  Nine Events of Instruction  atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh  Robert  M.  Gagne dapat membantu para guru di sekolah untuk memahami proses belajar sehingga  dapat  mempengaruhi  dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sembilan Peristiwa Pembelajaran tersebut termasuklah mendapatkan perhatian, memberitahu pelajar objektif, merangsang ingatan pembelajaran terdahulu, membentangkan kandungan, memberikan ‘bimbingan belajar’, mendapatkan prestasi (amalan), memberi maklum balas, menilai prestasi serta meningkatkan pemahaman dan memindahkan pengetahuan kepada kerja. Menurut Ismail Zain (2002), tidak semua peristiwa pembelajaran digunakan dalam sesuatu rancanga...