Dalam bidang kaunseling terdapat banyak salah faham atau salah anggap berkenaan bidang berkenaan. Antara dua salah faham tersebut sebagai contoh adalah kaunseling untuk mereka yang bermasalah dan kaunseling adalah untuk menyelesaikan masalah.
Kaunseling sebenarnya tidak hanya digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah tingkah laku. Namun, kaunseling juga digunakan untuk perkara yang positif. Di sekolah contohnya, kaunseling bukan hanya kepada pelajar yang bermasalah disiplin dan tingkah laku sahaja. Kaunselor di sekolah juga membimbing pelajar dalam bidang penentuan hala tuju kerjaya. Banyak pelaksanaan yang dijalankan di sekolah oleh kaunselor yang bukan hanya untuk memulihkan murid bermasalah. Kaunselor di sekolah juga akan mengadakan minggu kerjaya sebagai cara memotivasikan pelajar untuk mempunyai impian dan hala tuju dalam memilih kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan personaliti di masa hadapan. Salah anggap ini juga sering berlaku dalam kalangan guru dan pelajar di institusi pendidikan seperti sekolah rendah dan sekolah menengah.
Salah faham yang kedua adalah kaunseling bertujuan untuk menyelesaikan masalah. Dalam proses kaunseling, tugas kaunselor hanya membantu dan tidak mengarahkan klien untuk mengubah tingkah laku mengikut pendapat kaunselor. Dalam proses tersebut, kaunselor lebih berperanan untuk membimbing dan membuka luas pandangan klien terhadap beberapa aspek termasuklah kebaikan dan keburukan sesuatu. Maka, dalam proses kaunseling tindakan mutlak adalah daripada klien yang akan memutuskan sendiri keputusan dan tindakan yang akan dipilih. Sebagai contoh, di sekolah terdapat beberapa pelajar yang dirujuk kepada kaunselor sekolah atas permasalahan disiplin di sekolah. Namun, setelah beberapa sesi dijalankan seseorang pelajar itu masih melakukan kesalahan disiplin yang sama berulang kali.
Comments
Post a Comment