Skip to main content

SERBA SEDIKIT MENGENAI SISTEM PENDIDIKAN DI JEPUN (A Little Bit About The Education System In Japan)

 

 

Setelah berakhirnya Perang Dunia II, terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan di negara Jepun. Setelah runtuhnya sistem lama, idea dan cadangan baru telah diperkenalkan kepada pendidikan di Jepun oleh United States Education Mission. Maka, hal ini menjadi titik permulaan kepada penyusunan semula pendidikan yang mana mewajibkan pendidikan kepada semua orang Jepun. Sebelum Perang Dunia II, pendidikan di Jepun tidak dapat diakses secara meluas dan hanya eksklusif kepada golongan yang berada di tahap sosioekonomi yang lebih baik sahaja. 

            Selain itu, kandungan buku teks dan kurikulum telah dikaji semula untuk menitikberatkan lebih kepada kajian sosial dan tidak hanya kepada pendidikan moral semata-mata. Di peringkat era pasca perang dunia II juga, Jepun menetapkan bahawa pendidikan asas wajib hendaklah diikuti selama sembilan tahun dan meneruskan pelajaran ke peringkat universiti setelah berada 12 tahun di sekolah termasuklah prasekolah, sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas.

            Di Jepun, para guru secara umumnya dikehendaki untuk menjalankan pembelajaran yang menggunakan tiga kombinasi iaitu pembelajaran yang mengutamakan penerokaan sendiri menggunakan bahan bantu mengajar, kaedah penjelasan guru dan suasana bersoal jawab di dalam kelas serta perbincangan bersama murid di dalam kelas. Penyeragaman kombinasi tiga kaedah ini dilakukan di setiap institusi pendidikan bagi memastikan kecemerlangan murid dan mempertingkatkan kualiti pendidikan di negara tersebut.

            Masyarakat Jepun juga dilihat sangat mementingkan pendidikan. Anak-anak seawal usia dididik agar mementingkan pendidikan dan pendidikan mampu mengubah dan menjamin masa depan yang lebih cerah. Disebabkan itu, semangat persaingan wujud dalam kalangan anak-anak di sekolah dan institusi pendidikan tinggi. Oleh itu, masyarakat Jepun dilihat membuat perubahan dari segi budaya mementingkan ilmu setelah berakhirnya Perang Dunia II.

            Selain itu, pendidikan awal sebelum sekolah rendah juga disediakan oleh pihak berwajib seperti pusat jagaan dan tadika. Pendekatan pendidikan di peringkat ini adalah berstruktur bagi bertujuan untuk memastikan anak-anak di usia seawal bawah lima tahun akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan mampu lulus peperiksaan di peringkat sekolah rendah. 

Comments

Popular posts from this blog

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

TEORI GAGNE SEMBILAN PERISTIWA PEMBELAJARAN (Gagne Nine Events of Instruction)

                                       Teori Gagne  Nine Events of Instruction  atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh  Robert  M.  Gagne dapat membantu para guru di sekolah untuk memahami proses belajar sehingga  dapat  mempengaruhi  dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sembilan Peristiwa Pembelajaran tersebut termasuklah mendapatkan perhatian, memberitahu pelajar objektif, merangsang ingatan pembelajaran terdahulu, membentangkan kandungan, memberikan ‘bimbingan belajar’, mendapatkan prestasi (amalan), memberi maklum balas, menilai prestasi serta meningkatkan pemahaman dan memindahkan pengetahuan kepada kerja. Menurut Ismail Zain (2002), tidak semua peristiwa pembelajaran digunakan dalam sesuatu rancanga...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...