Skip to main content

TIGA CIRI KURIKULUM 2005 DI AFRIKA SELATAN (Three Features of 2005 Curriculum 2005 in South Africa)

 


 

Tiga ciri Kurikulum 2005 di negara Afrika Selatan adalah, kerjasama, pemikiran kritikal dan tanggungjawab sosial. Kerjasama merupakan nilai penting dalam masyarakat yang diterapkan di dalam Kurikulum 2005 Afrika Selatan. Hal ini melibatkan semua pihak lebih-lebih lagi antara guru dan murid dalam bidang pendidikan. Para pendidik mempunyai cabaran yang sangat mencabar setelah era aparteid bagi memastikan bahawa setiap individu di negara tersebut akan mendapatkan pendidikan yang sepatutnya. Maka kerjasama dalam kalangan para pendidik adalah sangat diperlukan. Selain itu, para murid atau pelajar juga perlu memberikan kerjasama yang sangat padu bagi memastikan diri mereka mendapat pendidikan yang sepatutnya dan secukupnya. 

            Ciri kedua adalah kemahiran berfikir secara kritis. Sistem pendidikan di kebanyakan negara dalam dunia masa kini lebih menekankan elemen kemahiran berfikiran secara kritis ataupun lebih dikenali dengan kemahiran berfikir aras tinggi. Kemahiran ini diterapkan dalam sistem pendidikan di negara Malaysia, Singapura, Finland, Jepun dan banyak lagi negara lain. kemahiran ini sangat penting bagi memastikan anak murid dapat mendepani masalah yang lebih kompleks di tahap yang lebih tinggi dan mampu menjadi seorang individu yang berfikiran kritis serta berdaya saing. Dalam konteks Afrika Selatan, anak-anak seharusnya diterapkan dengan kemahiran tersebut bagi memastikan pembangunan negara berjalan dengan pesat. Hal ini kerana, semasa era aparteid, kanak-kanak terutamanya yang berkulit hitam didiskriminasikan dari mendapat hak pendidikan yang sama rata. Maka, cabaran sebenar adalah memastikan anak-anak yang tidak pernah mendapat pendidikan untuk berfikir secara lebih baik dan kritis di dalam kelas. Kemahiran ini penting bagi mempersiapkan mereka untuk mendepani cabaran di masa hadapan.

            Ciri ketiga pula adalah tanggungjawab sosial. Memandangkan terdapat beberapa isu sosial yang berlaku dalam masyarakat di Afrika Selatan termasuklah masalah AIDS, jenayah dan kemiskinan, sistem pendidikan di negara tersebut menerapkan nilai dan pendidikan yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial. Maka, setiap murid ataupun pelajar akan mengenalpasti jenis masalah sosial yang ada dalam masyarakat mereka dan akan memainkan peranan dalam membantu kerajaan mendepani isu-isu tersebut. Dalam kata lain, pendidikan yang bagus akan dapat menghasilkan individu yang seimbang, bukan hanya pada ilmu dan kemahirannya, namun sifat tanggungjawab sosial dan nilai yang tinggi. Di Malaysia, nilai-nilai turut diajarkan di dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai satu elemen merentas kurikulum. Tujuannya adalah bagi menghasilkan modal insan yang seimbang dalam pelbagai aspek tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Comments

Popular posts from this blog

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

TEORI GAGNE SEMBILAN PERISTIWA PEMBELAJARAN (Gagne Nine Events of Instruction)

                                       Teori Gagne  Nine Events of Instruction  atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh  Robert  M.  Gagne dapat membantu para guru di sekolah untuk memahami proses belajar sehingga  dapat  mempengaruhi  dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sembilan Peristiwa Pembelajaran tersebut termasuklah mendapatkan perhatian, memberitahu pelajar objektif, merangsang ingatan pembelajaran terdahulu, membentangkan kandungan, memberikan ‘bimbingan belajar’, mendapatkan prestasi (amalan), memberi maklum balas, menilai prestasi serta meningkatkan pemahaman dan memindahkan pengetahuan kepada kerja. Menurut Ismail Zain (2002), tidak semua peristiwa pembelajaran digunakan dalam sesuatu rancanga...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...