Skip to main content

EMPAT PRINSIP KONSTRUKTIVIS YANG HARUS DIAMALKAN OLEH GURU DI DALAM BILIK DARJAH



 

Empat prinsip konstruktivis yang harus diamalkan oleh guru di dalam bilik darjah jika mahu membina pengetahuan yang bermakna dalam kalangan pelajar adalah seperti yang berikut:


1.     Kecenderungan untuk belajar. 

Di dalam kelas terdapatnya tahap kecerdasan pelbagai dan minat pelajar yang berbeza-beza. Peranan guru dalam menyampaikan isi pembelajaran yang berkesan perlu menitikberatkan aspek-aspek tersebut. Maka, guru perlu merancang sebuah aktiviti yang menarik, sesuai dengan tahap pelajar dan minat pelajar. Aktiviti tersebut perlu menarik minat pelajar supaya boleh melibatkan diri secara aktif di dalam pembelajaran. Dalam merancang aktiviti menarik, guru boleh merujuk aktiviti-aktiviti yang tersenarai dalam strategi pengajaran Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) yang telah diperkenalkan secara meluas dalam sistem pendidikan negara.


2.     Pengelompokan pengetahuan dapat dibina agar dapat difahami oleh pelajar dengan lebih baik. 

Pengetahuan yang ingin disampaikan dalam pengajaran perlulah mengikut tahap dengan berpandukan kepada standard kandungan yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan juga tahap kognitif yang diperkenalkan oleh Bloom dalam Taksonomi Bloom. Maka, jika tahap kognitif mampu ditetapkan, guru akan merancang aktiviti pengajaran yang bersesuaian kepada tahap pelajar bagi memudahkan proses pemahaman mereka terhadap tajuk atau topik yang diajarkan.


3.     Tatacara yang berkesan bagi guru untuk menyampaikan bahan tersebut kepada pelajar.

Melalui prinsip ini, guru berperanan dalam merancang dan melaksanakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran yang bersesuaian dengan isi kandungan pembelajaran yang akan disampaikan. Kaedah, pendekatan dan strategi yang dirancang tersebut pula hendaklah bersesuaian dengan tahap murid yang berada di dalam kelas. 


4.     Perkembangan penghargaan dan juga hukuman.

Dalam prinsip ini, guru di dalam kelas boleh memberikan penghargaan berupa pujian ataupun token sebagai salah satu ganjaran dan motivasi ekstrinsik kepada murid. Token yang diberikan pula boleh berupa cop, bintang ataupun markah di carta ganjaran di dalam kelas mengikut kreativiti guru. Melalui hukuman pula, hukuman boleh diberikan jika murid tidak berjaya melakukan aktiviti di dalam kelas atau tidak mampu menjawab soalan yang diminta. Namun, dalam memberikan hukuman, para guru perlu berhati-hati dan dalam sistem pendidikan di Malaysia, sistem hukuman tidak boleh dilakukan melainkan ianya adalah arahan daripada pentadbir sekolah dan pelaksana hukuman adalah guru disiplin sahaja. Hukuman seperti nyanyian mungkin boleh diterima, namun perlu dipersetujui oleh murid terlebih dahulu. Sebagai contoh, sebelum aktiviti berkumpulan dijalankan guru menetapkan bahawa kumpulan yang paling lambat menyiapkan tugasan akan mempersembahkan nyanyian di hadapan kelas. Maka, jenis hukuman tersebut telah dipersetujui dan murid akan berusaha untuk menyiapkan tugasan mereka secara berkumpulan. 

 


Comments

Popular posts from this blog

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...

ISU PENDIDIKAN DI JEPUN (Issues of Education in Japan)

  Dua isu utama pendidikan yang membimbangkan para pendidik di negara Jepun dapat dilihat melalui isu peraturan ketat bagi pematuhan disiplin dan tekanan yang dialami disebabkan persaingan sengit yang berlebihan.             Bagi memastikan disiplin pelajar terjamin, peraturan disiplin di Jepun adalah sangat ketat.  Di peringkat menengah misalnya, terdapat pengawasan daripada pihak berkenaan bagi memastikan bahawa semua pelajar akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Antara peraturan yang mesti dipatuhi termasuklah kod etika berpakaian, aktiviti yang dijalankan di luar sekolah dan gaya rambut. Namun, dalam konteks negara Malaysia, perkara sebegini adalah sangat normal kerana kementerian pendidikan turut menggariskan beberapa peraturan yang wajib dipatuhi selagi bergelar seorang murid ataupun pelajar. Peraturan-peraturan ini hendaklah dipatuhi dan terdapat beberapa jenis hukuman yang boleh dilaksanakan mengikut garis panduan yang b...