Skip to main content

CIRI KURIKULUM PROGRESIF



Lima ciri kurikulum progresif adalah:

1.     Guru harus merancang pengajaran yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu dan mendorong pelajar ke arah pemikiran dan pembinaan pengetahuan yang lebih tinggi. 


Sebagai contohnya dalam mata pelajaran Sains. Selain membaca buku teks dan menjawab soalan-soalan guru di dalam kelas, , pelajar mesti belajar sesuatu konsep Sains dengan melakukan eksperimen, lawatan lapangan di mana mereka dapat berinteraksi dengan flora dan fauna, ataupun dengan melakukan aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek.


2.     Guru tidak boleh hanya memusatkan perhatian pada satu bahagian sahaja pada satu masa tetapi harus memperkenalkan pelajaran yang menggabungkan beberapa mata pelajaran yang berbeza.

Hal ini berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia yang mana guru yang mengajar akan menetapkan Elemen Merentas Kurikulum dalam pengajaran mereka. sebagai contoh dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris tahun 1 yang bertajuk penyamaran haiwan, guru boleh mengaitkan isi pengajaran tersebut dengan Sain iaitu haiwan akan melakukan penyamaran sebagai salah satu teknik menyelamatkan diri daripada bahaya.


3.     Pelajar harus didedahkan dengan kurikulum yang lebih demokratik dengan mengiktiraf pencapaian semua orang tanpa mengira bangsa dan warna kulit, agama, latar belakang budaya atau jantina.


Dalam sistem pendidikan Malaysia, isu kesaksamaan menjadi isu penting yang mana sistem pendidikan memastikan bahawa tidak ada sebarang diskriminasi akan berlaku di institusi pendidikan terutamanya di sekolah. Memandangkan Malaysia memiliki masyarakat majmuk dan berbilang kaum, kurikulum yang disediakan adalah bertepatan dengan kesemua kaum yang ada di Malaysia tanpa ada unsur diskriminasi.


4.     Pelajar digalakkan untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi mengembangkan kemahiran sosial seperti kerjasama dan toleransi terhadap pelbagai sudut pandangan.


Dalam menjalankan pengajaran di dalam kelas, guru akan menyelitkan nilai yang berkaitan dengan isi pembelajaran, antaranya ialah nilai kepimpinan, tolong menolong dan bekerjasama. Hal ini merupakan unsur yang perlu ada dalam memastikan bahawa pengajaran yang disampaikan tersebut berkesan dan mampu dihayati. Selain itu, aktiviti berkumpulan yang dijalankan di dalam kelas juga memupuk semangat interaksi, kerjasama dan bantu membantu.


5.     Guru harus memperkenalkan pelajar kepada perkembangan sains dan teknologi serta perkembangan sosial yang baharu. 


Dalam kurikulum Malaysia, tajuk dan topik yang diperkenalkan adalah sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi serta perkembangan sosial dalam negara dan luar negara. Sebagai contoh, di setiap mata pelajaran sekolah rendah pengintegrasian teknologi maklumat (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat digalakkan. Kaedah pembelajaran menggunakan aplikasi baharu juga dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar dengan perkembangan teknologi yang digunakan dalam pendidikan masa kini. Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah seperti Google Meet, Skype, Google Classroom dan banyak lagi. Dalam memperkenalkan pelajar dengan perkembangan-perkembangan ini, guru perlu bersifat lebih produktif dan kreatif dalam memastikan bahawa para pelajar tidak akan ketinggalan dalam arus kemajuan dan peredaran masa.

 

Comments

Popular posts from this blog

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...

ISU PENDIDIKAN DI JEPUN (Issues of Education in Japan)

  Dua isu utama pendidikan yang membimbangkan para pendidik di negara Jepun dapat dilihat melalui isu peraturan ketat bagi pematuhan disiplin dan tekanan yang dialami disebabkan persaingan sengit yang berlebihan.             Bagi memastikan disiplin pelajar terjamin, peraturan disiplin di Jepun adalah sangat ketat.  Di peringkat menengah misalnya, terdapat pengawasan daripada pihak berkenaan bagi memastikan bahawa semua pelajar akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Antara peraturan yang mesti dipatuhi termasuklah kod etika berpakaian, aktiviti yang dijalankan di luar sekolah dan gaya rambut. Namun, dalam konteks negara Malaysia, perkara sebegini adalah sangat normal kerana kementerian pendidikan turut menggariskan beberapa peraturan yang wajib dipatuhi selagi bergelar seorang murid ataupun pelajar. Peraturan-peraturan ini hendaklah dipatuhi dan terdapat beberapa jenis hukuman yang boleh dilaksanakan mengikut garis panduan yang b...