Skip to main content

FASA PENILAIAN KURIKULUM YANG MESTI DIPERTIMBANGKAN

 

Empat fasa penilaian kurikulum yang mesti dipertimbangkan adalah seperti berikut:


1. Aspek kurikulum yang akan dinilai

Penilai menentukan apa yang hendak dinilai. Antara aspek yang mungkin dinilai adalah seperti:
• Sistem sekolah
• Tahap gred tertentu
• Mata pelajaran tertentu.
• Dan lain-lain
Objektif aktiviti penilaian ada peringkat ini perlulah dinyatakan dengan jelas.


2. Pengumpulan data

Pada peringkat ini, penilai akan mengenal pasti maklumat yang akan dikumpulkan dan alat atau instrumen yang akan digunakan untuk mengumpulkan data. Instrumen pengumpulan data adalah seperti, temu ramah, kaji selidik, ujian, pemerhatian dan ulasan dokumentasi. Selain itu, di tahap ini penilai juga akan mengenal pasti individu atau kumpulan yang akan terlibat sebagai orang yang akan memberikan maklumat dalam proses pengumpulan data ini. Sebagai contoh, para guru terlibat dalam proses pengumpulan data menggunakan instrumen temu ramah.


3. Analisis maklumat

Di peringkat ini, data yang dikumpulkan akan dianalisis serta  dipersembahkan dalam bentuk jadual atau grafik atau kedua-duanya sekali. Data statistik sering digunakan untuk membandingkan perbezaan yang signifikan dan untuk menjalin perkaitan antara kesemua pemboleh ubah.


4. Pelaporan maklumat

 Di peringkat ini, laporan yang telah  ditulis menerangkan penemuan dan tafsiran data. Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, kesimpulan akan dibuat berkenaan keberkesanan usaha pelaksanaan  sesuatu kurikulum. Jika terdapat kelemahan, cadangan akan dibuat untuk mempertimbangkan semula aspek tertentu dalam kurikulum tersebut. 














Comments

Popular posts from this blog

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...

ISU PENDIDIKAN DI JEPUN (Issues of Education in Japan)

  Dua isu utama pendidikan yang membimbangkan para pendidik di negara Jepun dapat dilihat melalui isu peraturan ketat bagi pematuhan disiplin dan tekanan yang dialami disebabkan persaingan sengit yang berlebihan.             Bagi memastikan disiplin pelajar terjamin, peraturan disiplin di Jepun adalah sangat ketat.  Di peringkat menengah misalnya, terdapat pengawasan daripada pihak berkenaan bagi memastikan bahawa semua pelajar akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Antara peraturan yang mesti dipatuhi termasuklah kod etika berpakaian, aktiviti yang dijalankan di luar sekolah dan gaya rambut. Namun, dalam konteks negara Malaysia, perkara sebegini adalah sangat normal kerana kementerian pendidikan turut menggariskan beberapa peraturan yang wajib dipatuhi selagi bergelar seorang murid ataupun pelajar. Peraturan-peraturan ini hendaklah dipatuhi dan terdapat beberapa jenis hukuman yang boleh dilaksanakan mengikut garis panduan yang b...