Skip to main content

BAGAIMANAKAH GURU MEMBANTU MURID DALAM MENGURUS EMOSI DIRI?






 1. Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik

 

Kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-murid. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak berasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antara satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

 

2. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan

 

Aktiviti kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid berinteraksi antara satu sama lain. oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, permainan, pertandingan atau kerja projek.

 

3. Menggunakan Teknik Menyoal

 

Semasa penyampaian isi kandungan pembelajaran, guru boleh menggunakan teknik penyoalan untuk mendapatkan tindak balas murid atau mencungkil pendapat murid. Dengan menggunakan teknik ini, murid-murid akan dibimbing dan digalakkan untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru. Dalam masa yang sama, pelibatan murid di dalam akan menjadi aktif dengan memberikan tindak balas, demi mewujudkan interaksi dua hala yang sihat di antara guru dan murid.

 

4. Menggunakan Percakapan Yang Sesuai

 

Percakapan guru yang mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya akan diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung (menurut Flanders). Bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru haruslah menggalakkan murid untuk mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka seperti menggunakan teknik pujian atau menerima pendapat murid-murid dengan hati terbuka.


5. Menggunakan Strategi Berpusatkan Murid

 

Strategi berpusatkan murid adalah strategi yang digunakan untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. hal ini bermaksud kaedah penerangan, syarahan atau demonstrasi guru harus dikurangkan kepada peringkat minimum. Sebaliknya, kaedah perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah ditambahkan kepada peringkat yang maksimum. Apabila murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, interaksi antara murid akan dapat dibentuk secara tidak langsung.


6. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)Yang Pelbagai

 

Bahan Bantu Mengajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian murid-murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar merupakan suatu media yang boleh mengaitkan perhubungan guru dengan murid-murid, dan secara tidak langsung interaksi antara mereka akan dibentuk melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai.

 

7. Mewujudkan Suasana Interaksi Yang Kondusif Dalam Bilik Darjah

 

Suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah dapat diwujudkan dengan menyusun keadaan fizikalnya. Hal ini dapat dilakukan dengan menyusun tempat duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan.

 

 

8 .Membantu Murid Bermasalah

 

Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut atau pemalu, guru harus mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadi, dan seterusnya menggalakkan mereka menyertai aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. cara ini akan dapat melibatkan lebih ramai murid berinteraksi di antara satu sama lain.

 

 

9. Mengajar Dengan Sikap Penyayang

 

Tujuannya ialah untuk merapatkan hubungan guru dengan murid-muridnya. Melalui hubungan yang mesra ini, murid-murid akan digalakkan untuk mengemukakan soalan-soalan termasuklah soalan yang berkaitan dengan masalah peribadi mereka dengan harapan dapat diselesaikan oleh guru yang disayangi oleh mereka.

 

10. Menggunakan Ganjaran Sebagai Galakan Dan Motivasi Pembelajaran

 

Elakkan hukuman dan gunakan bimbingan yang wajar untuk murid yang menimbulkan masalah disiplin untuk mengurangkan konflik di antara guru dengan murid dalam sistem sosial sekolah.

 

 

 

Reference/ rujukan:

 

BUKU

Nama pengarang : Mok Soon Sang

Tahun penerbitan: 2010

Judul: Perkembangan Kanak-kanak

Tempat: Selangor

Syarikat penerbitan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Comments

Popular posts from this blog

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

TEORI GAGNE SEMBILAN PERISTIWA PEMBELAJARAN (Gagne Nine Events of Instruction)

                                       Teori Gagne  Nine Events of Instruction  atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh  Robert  M.  Gagne dapat membantu para guru di sekolah untuk memahami proses belajar sehingga  dapat  mempengaruhi  dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sembilan Peristiwa Pembelajaran tersebut termasuklah mendapatkan perhatian, memberitahu pelajar objektif, merangsang ingatan pembelajaran terdahulu, membentangkan kandungan, memberikan ‘bimbingan belajar’, mendapatkan prestasi (amalan), memberi maklum balas, menilai prestasi serta meningkatkan pemahaman dan memindahkan pengetahuan kepada kerja. Menurut Ismail Zain (2002), tidak semua peristiwa pembelajaran digunakan dalam sesuatu rancanga...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...