Skip to main content

CABANG PSIKOLOGI

 

Dalam bidang psikologi, terdapat beberapa cabang yang terlibat. Sebagai contoh adalah bidang psikologi pendidikan, psikologi kaunseling dan klinikal, psikologi personaliti dan psikologi sosial.

            Bidang psikologi pendidikan merupakan kajian yang berkaitan dengan tingkah laku pembelajaran murid, gaya pembelajaran dan masalah pembelajaran dan tingkah laku murid di dalam kelas. Bidang psikologi ini merupakan bidang yang meluas dalam pendidikan dan mempunyai beberapa teori seperti behaviourisme, konstruktivisme, kognitivisme, metakognitif. Melalui aspek kognitif, beberapa jenis pemikiran seperti pemikiran kreatif, pemikiran kritis merupakan bidang atau topik yang akan dipelajari.

            Bidang psikologi kaunseling dan klinikal pula terbahagi kepada dua iaitu klinikal dan kaunseling. Psikologi kaunseling adalah kajian yang berkaitan dengan masalah tingkah laku bagi individu yang normal dan mampu berfikiran waras serta matang. Dalam kehidupan, manusia pasti mempunyai masalah dalam kekeluargaan, pekerjaan, masalah keyakinan diri dan banyak lagi. Bagi permasalahan ini, bidang psikologi kaunseling berperanan untuk memberikan nasihat dan kaunseling kepada individu yang memerlukan. Namun, bidang ini bukan sahaja menumpukan kepada individu yang mempunyai masalah, namun ia juga membantu individu yang ingin membuat keputusan. Di peringkat sekolah, bidang ini digunakan bagi membantu murid dalam pemilihan kerjaya. Bagi psikologi klinikal pula, bidang ini lebih berfokus kepada permasalahan yang berkaitan dengan tingkah laku dan masalah mental. Dalam bidang ini perlu ada individu yang betul-betul pakar dalam menangani masalah ini seperti pakar psikiatri. Individu yang perlu berunding dengan pakar psikologi klinikal adalah seperti individu yang mengalami masalah ‘bipolar disorder’, ataupun individu yang mengalami masalah mental atau tekanan berlebihan yang sedang mengambil ubat tertentu.

            Bidang psikologi sosial pula adalah cabang psikologi yang berkaitan dengan cara berfikir dan tingkah laku individu dalam aspek sosial. Sebagai contoh, cara pergaulan, kepimpinan, tingkah laku anak-anak yang bermasalah, tingkah laku anak-anak bekeperluan khas, tingkah laku individu yang mencapai tahap ‘middle life crisis’ dan banyak lagi.

            Psikologi personaliti pula adalah bidang yang berkaitan dengan kajian sifat, sikap, gaya dan personaliti seseorang. Contohnya, perbezaan antara psikologi individu yang bersifat pendiam dan ceria.

 

Comments

Popular posts from this blog

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

TEORI GAGNE SEMBILAN PERISTIWA PEMBELAJARAN (Gagne Nine Events of Instruction)

                                       Teori Gagne  Nine Events of Instruction  atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh  Robert  M.  Gagne dapat membantu para guru di sekolah untuk memahami proses belajar sehingga  dapat  mempengaruhi  dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sembilan Peristiwa Pembelajaran tersebut termasuklah mendapatkan perhatian, memberitahu pelajar objektif, merangsang ingatan pembelajaran terdahulu, membentangkan kandungan, memberikan ‘bimbingan belajar’, mendapatkan prestasi (amalan), memberi maklum balas, menilai prestasi serta meningkatkan pemahaman dan memindahkan pengetahuan kepada kerja. Menurut Ismail Zain (2002), tidak semua peristiwa pembelajaran digunakan dalam sesuatu rancanga...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...