Skip to main content

KONSEP AUTONOMI DAN DESENTRALISASI DALAM SISTEM PENDIDIKAN SWEDEN (The Concept of Autonomy and Decentralization in The Swedish Education System)

 

Konsep autonomi dan desentralisasi dalam sistem pendidikan Sweden bermaksud, institusi-institusi pendidikan tinggi diberikan autonomi  dan diletakkan di bawah satu pusat pentadbiran.

            Melalui bidang autonomi, Institusi Pengajian Tinggi dilihat mempunyai autonomi dalam pengurusan kewangan, penetapan program yang akan ditawarkan serta pentadbiran institusi.

            Selain itu, pembiayaan dianggap sebagai satu instrumen yang besar yang diberikan oleh kerajaan untuk mentransformasikan pengajian tinggi. Pembiayaan ini merujuk kepada jumlah wang yang disalurkan kepada pengajian tinggi tersebut. apabila jumlah kewangan yang disalurkan rendah, maka sesebuah institusi pengajian tinggi pasti akan menggunakan autonomi yang ada untuk mencari sumber kewangan lain kerana pengurusan kewangan adalah telah diberikan autonomi oleh pihak kerajaan. Hal ini sedikit sebanyak akan memberikan tekanan kepada mahasiswa untuk menyelesaikan yuran pengajian kerana disebabkan dasar pembiayaan ini, kos pendidikan pasti akan meningkat dan kenaikan yuran pengajian akan berlaku.

            Walaupun terdapat pemusatan atau desentralisasi iaitu pengajian tinggi berada di bawah kementerian, namun, aktiviti lain perlu diuruskan oleh sesebuah institusi itu sendiri. Hal ini sama seperti di kebanyakan negara. Sebagai contoh, sesebuah pengajian tinggi akan mempunyai autonomi dalam pemilihan kos atau bidang yang ditawarkan sama ada untuk peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana ataupun ijazah kedoktoran. Untuk itu, pihak pengajian tinggi akan melantik tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan untuk mengajar kos atau bidang tertentu yang telah ditawarkan. Selain itu, setelah pemusatan dilaksanakan, pendidikan vokasional tidak hanya dipelajari di institut vokasional bahkan juga diajarkan di peringkat sarjana bagi memastikan mahasiswa mempunyai kemahiran yang diperlukan sebagai persediaan menempuh alam pekerjaan.

Comments

Popular posts from this blog

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...

ISU PENDIDIKAN DI JEPUN (Issues of Education in Japan)

  Dua isu utama pendidikan yang membimbangkan para pendidik di negara Jepun dapat dilihat melalui isu peraturan ketat bagi pematuhan disiplin dan tekanan yang dialami disebabkan persaingan sengit yang berlebihan.             Bagi memastikan disiplin pelajar terjamin, peraturan disiplin di Jepun adalah sangat ketat.  Di peringkat menengah misalnya, terdapat pengawasan daripada pihak berkenaan bagi memastikan bahawa semua pelajar akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Antara peraturan yang mesti dipatuhi termasuklah kod etika berpakaian, aktiviti yang dijalankan di luar sekolah dan gaya rambut. Namun, dalam konteks negara Malaysia, perkara sebegini adalah sangat normal kerana kementerian pendidikan turut menggariskan beberapa peraturan yang wajib dipatuhi selagi bergelar seorang murid ataupun pelajar. Peraturan-peraturan ini hendaklah dipatuhi dan terdapat beberapa jenis hukuman yang boleh dilaksanakan mengikut garis panduan yang b...