Skip to main content

MOBILE LEARNING (Pembelajaran Mobil)

 


Mobile learning atau pembelajaran mobil merupakan pembelajaran yang menggunakan teknologi mudah alih. Terdapat beberapa cara penyampaian pembelajaran mobil  yang dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran ini boleh berlangsung sama ada secara format, tidak formal atau kedua-duanya sekali.

       Di dalam kelas, satu cara pembelajaran mobil yang boleh dilaksanakan adalah dengan cara guru membekalkan beberapa soalan atau tugasan untuk dijawab oleh murid sepanjang proses pengajaran di dalam kelas. Maka, bagi menjawab tugasan tersebut, murid akan menggunakan telefon pintar untuk mencari maklumat berkaitan soalan. Maklumat tersebut boleh didapatkan melalui  carian enjin seperti Google ataupun Yahoo.

        Kedua, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, saya turut menjalankan pembelajaran mobil bersama murid-murid yang berada di dalam rumah masing-masing. Memandangkan sambungan internet di tempat tinggal murid tidak begitu memuaskan, cara mobil pembelajaran yang paling berkesan adalah dengan menggunakan aplikasi WhatsApp. Melalui aplikasi ini, saya berhubung dengan murid dan menyampaikan tunjuk ajar serta arahan tugasan untuk disiapkan melalui pesanan teks WhatsApp. Setelah siap tugasan, murid akan menghantar segala hasil kerja untuk disemak. Selain itu, saya turut menggunakan aplikasi ini untuk berkongsi bahan pembelajaran seperti audio, video dan imej bagi memudahkan proses pembelajaran murid di rumah. 

       Ketiga, cara pembelajaran mobil yang boleh digunakan adalah Google Form. Melalui aplikasi ini, guru akan menyediakan soalan dan murid menjawab segala soalan setelah menekan pautan yang diberikan oleh guru. Cara ini lebih mudah jika guru ingin menyediakan soalan untuk pembelajaran mobil.

        Keempat, cara pembelajaran mobil yang boleh dilaksanakan adalah melalui aplikasi Youtube. Guru boleh berkongsi pautan video daripada Youtube sebagai bahan pembelajaran murid di rumah. Guru boleh menyediakan bahan sendiri dan memuat naik ke Youtube ataupun menggunakan bahan sedia ada yang telah disediakan oleh orang lain di Youtube. Bagi pembelajaran mobil di dalam kelas yang menggunakan Youtube, guru boleh membekalkan murid dengan pautan video ataupun menaip kata kunci yang berkaitan dengan isi pembelajaran di dalam kelas dan menonton pelbagai video yang berkaitan melalui Youtube.

Comments

Popular posts from this blog

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

TEORI GAGNE SEMBILAN PERISTIWA PEMBELAJARAN (Gagne Nine Events of Instruction)

                                       Teori Gagne  Nine Events of Instruction  atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh  Robert  M.  Gagne dapat membantu para guru di sekolah untuk memahami proses belajar sehingga  dapat  mempengaruhi  dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sembilan Peristiwa Pembelajaran tersebut termasuklah mendapatkan perhatian, memberitahu pelajar objektif, merangsang ingatan pembelajaran terdahulu, membentangkan kandungan, memberikan ‘bimbingan belajar’, mendapatkan prestasi (amalan), memberi maklum balas, menilai prestasi serta meningkatkan pemahaman dan memindahkan pengetahuan kepada kerja. Menurut Ismail Zain (2002), tidak semua peristiwa pembelajaran digunakan dalam sesuatu rancanga...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...