Skip to main content

TAKSONOMI BLOOM (Bloom's Taxonomy)


 

Gambar di atas merupakan Taksonomi Bloom yang merupakan satu model yang digunakan dalam bidang pendidikan. Taksonomi Bloom yang lama mengandungi satu dimensi seperti yang terpapar pada rajah di atas.  Di aras pertama sehingga ketiga iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi merupakan tahap pemikiran aras rendah. Manakala, di tingkat keempat hingga keenam merupakan tahap pemikiran aras tinggi.

            Aras pengetahuan merupakan aras yang paling rendah dalam penguasaan murid iaitu mengingat beberapa fakta sebagai pengetahuan mereka. Di aras kedua iaitu kefahaman bermaksud, murid berkeupayaan untuk memahami sesuatu isi pelajaran yang disampaikan. Di tahap ini murid seharusnya mampu menghurai fakta sebagai bukti kefahaman mereka terhadap sesuatu topik yang diajarkan. Di tahap aplikasi, murid seharusnya mampu menggunakan atau mengaplikasikan konsep yang telah disampaikan. Di tahap ini murid seharusnya sudah mampu untuk menyelesaikan ataupun menjelaskan tugasan yang diberikan.

            Di tahap pemikiran aras tinggi dalam Taksonomi Bloom pula, terdapat tiga aras atau tahap. Peringkat analisis, murid seharusnya sudah tahu memisahkan idea. Dalam konteks pembelajaran di dalam kelas, murid sudah mampu memisahkan komponen-komponen dalam isi pelajaran yang disampaikan seperti mengelaskan, memberikan deskripsi, ataupun menyusun fakta. Di tahap sintesis pula, murid berada di tahap mampu mencantumkan idea di dalam pembelajaran. Sebagai contoh, murid sudah tahu mengelaskan jenis-jenis hidupan air dan darat atau pun jenis-jenis tumbuhan berbatang dan tidak berbatang dalam mata pelajaran sains. 

            Di peringkat yang teratas pula adalah peringkat penilaian yang mana, murid mampu menguji kefahaman pada tahap yang tertinggi. Dalam konteks pembelajaran di dalam kelas, murid akan mampu menilai sesuatu maklumat ataupun fakta dengan baik. Sebagai contoh dalam pembelajaran pendidikan moral di dalam bilik darjah, murid akan dapat menilai dan menyatakan kesan-kesan yang akan berlaku jika tabiat tidak menghargai alam sekitar tidak diamalkan dalam kehidupan. Murid akan mampu menilai kesan yang akan dihadapi oleh individu, masyarakat, negara, dan dunia secara global melalui proses penilaian mereka yang sudah tahu membezakan kebaikan dan keburukan.

Comments

Popular posts from this blog

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...

TEORI GAGNE SEMBILAN PERISTIWA PEMBELAJARAN (Gagne Nine Events of Instruction)

                                       Teori Gagne  Nine Events of Instruction  atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh  Robert  M.  Gagne dapat membantu para guru di sekolah untuk memahami proses belajar sehingga  dapat  mempengaruhi  dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sembilan Peristiwa Pembelajaran tersebut termasuklah mendapatkan perhatian, memberitahu pelajar objektif, merangsang ingatan pembelajaran terdahulu, membentangkan kandungan, memberikan ‘bimbingan belajar’, mendapatkan prestasi (amalan), memberi maklum balas, menilai prestasi serta meningkatkan pemahaman dan memindahkan pengetahuan kepada kerja. Menurut Ismail Zain (2002), tidak semua peristiwa pembelajaran digunakan dalam sesuatu rancanga...