Skip to main content

TEKNOLOGI BARU MUNCUL (Emerging Technology)

  

 






Emerging Technology yang juga dikenali sebagai Teknologi Baru Muncul merujuk kepada perkembangan teknologi yang sedia ada. Ia boleh membawa makna yang sedikit berbeza jika digunakan di lapangan yang berbeza seperti media, perniagaan, sains, mahupun pendidikan. Istilah ini biasanya merujuk kepada teknologi yang sedang dibangunkan, ataupun yang dijangka akan wujud dan tersedia dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun yang akan datang. Dalam keadaan dunia yang semakin mengejar kemajuan dan pemodenan, ianya tidak mustahil untuk dicapai dan dirasai oleh semua orang dalam tempoh beberapa tahun sahaja lagi. Sebagai contohnya, telefon pintar yang digunakan pada masa kini sentiasa berubah teknologinya dalam tempoh yang sangat cepat. Jika tahun ini dikeluarkan model telefon pintar yang menggunakan aplikasi canggih dan teknologi terbaharu, maka di tahun berikutnya model lain dengan fungsi dan teknologi yang sudah ditambahbaik dan semakin canggih pula dikeluarkan.  Hal ini menunjukkan bahawa perubahan kemajuan itu berlaku dan sentiasa akan ditambahbaik dari tahun ke tahun. Emerging Digital atau Teknologi Digital yang baru muncul telah menghasilkan banyak peluang baru dalam mewujudkan cabaran undang-undang baru, terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan hak cipta, tanda dagangan, paten, royalti, serta  pelesenan.

 

 

5G

 

Rangkaian 5G  adalah teknologi sambungan internet mudah alih generasi berikutnya yang mampu menawarkan sambungan lebih stabil dan kelajuan lebih pantas pada peranti-peranti mudah alih. 5G menjanjikan sambungan yang jauh lebih baik dan pantas berbanding dengan apa yang sedang ditawarkan pada ketika ini dengan menggabungkan peranti berspesifikasi tinggi terkini dan teknologi rangkaian termaju. Di Malaysia, kelajuan memuat turun purata pada 1Gbps telah dijangkakan dan akan menjadi satu kelaziman dalam kalangan pengguna. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjangkakan teknologi komunikasi generasi kelima (5G) berpotensi sedia digunakan secara komersial di negara ini menjelang 2021 atau 2022. Namun yang demikian, pelaksanaan ini bergantung kepada kesediaan menara pemancar 4G yang mampu untuk dipertingkatkan kepada 5G kerana secara puratanya hanya kira-kira 40 peratus menara telekomunikasi yang terdapat di Malaysia memiliki sambungan gentian optik sekaligus menjadikan impian untuk memiliki sambungan talian 5G di seluruh negara agak sukar.        Pada 15 Disember yang lalu, sebanyak enam syarikat telekomunikasi yang menjalankan projek demonstrasi 5G (5GDP) di Langkawi, mula menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan dengan 37 kes penggunaan dalam bidang pertanian, penjagaan kesihatan digital, pendidikan, hiburan, bandar pintar, pengangkutan pintar dan sektor pelancongan. Walaupun begitu, Malaysia perlu mengambil langkah secara berperingkat-peringkat dan berhati-hati dalam melaksanakan 5G dengan mempertimbangkan kesan positif dan negatif yang bakal dialami oleh semua pihak terutamanya para pengguna. Selain itu, kita perlu mendapatkan lebih banyak masa dan ruang untuk bereksperimen dengan memperhitungkan serta mempelajari banyak perkara dari negara-negara lain yang sudah berada di tahap yang sangat maju dalam  pelaksanaan 5G.

PERCETAKAN 3D

Pencetakan 3D atau 3D Printing merupakan suatu proses mencipta objek tiga dimensi di mana bahan yang terlibat akan dibentuk berlapis-lapis di bawah satu kawalan komputer untuk menghasilkan objek maujud. Objek Percetakan 3D boleh hadir dalam pelbagai jenis bentuk dan rupa. Selalunya, ianya dihasilkan dengan menggunakan data model digital daripada model 3D ataupun sumber data elektronik yang lain sebagai contohnya, Fail Pembuatan Tambahan. Pencetakan ini secara komersialnya telah disebarluas dan banyak digunakan  dalam pelbagai bidang yang begitu menguntungkan, seperti perubatan, perindustrian, keusahawanan, pembuatan barang dan pembuatan makanan seperti coklat, gula-gula, biskut dan pasta.

KECERDASAN BUATAN

Kecerdasan Buatan atau lebih dikenali sebagai Artificial Intelligence A(I) merupakan teknologi yang sangat popular di zaman kini. Ianya  merupakan salah satu cabang dalam bidang sains yang menjadikan sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia. Antara contoh kepintaran mesin yang telah wujud pada masa kini adalah seperti sebuah mesin deposit wang yang digunakan untuk memindahkan sejumlah wang tunai ke dalam akaun bank. Dengan kecanggihan mesin yang ada tersebut, mesin boleh mengira jumlah wang dengan betul dan serta ketulenan wang tunai yang dipindahkan dalam transaksi tersebut. Antara cabang penting dalam Kecerdasan Buatan adalah pembelajaran mesin (machine learning) iaitu keupayaan sesebuah mesin untuk 'belajar' menjadi pintar. Secara ringkasnya, sesebuah mesin yang akan ‘diajar’ oleh manusia akan dilengkapkan dengan pelbagai jenis informasi supaya menjadikannya lebih pintar jika dibandingkan dengan mesin-mesin lain yang ada. 

 

TEKNOLOGI ROBOTIK

 

Merujuk etimologiperkataan ‘robotik’ berasal dari kata nama Robotovat.  Perkataan yang berasal dari  bahasa Czech tersebut dikonotasikan sebagai  menghambakan diri. Teknologi Robotik sebenarnya sudah dibangunkan sejak tahun 1920-an lagi. Robot adalah sebuah mesin biomekanik atau elektro-mekanik yang berkeupayaan untuk melakukan tugasan secara autonomi mengikut perancangan. Robot boleh digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang terlalu sukar, kotor, berisiko dan berbahaya untuk dilakukan oleh manusia.

            Selain itu, robot juga amat berguna dalam bidang perubatan dan penyelidikan. Di bidang perubatan, teknologi robot seringkali digunakan dalam membantu para doktor menjalankan pembedahan yang sangat serius dan kritikal di samping digunakan untuk mengesan penyakit. Dalam pada itu, robot juga dicipta untuk membantu orang yang kurang berupaya. Di kebanyakan negara maju seperti China dan Emiriah Arab Bersatu, teknologi robot diletakkan di stesen keretapi bawah tanah dan keretapi laju bagi membantu orang yang berkerusi roda untuk menaiki dan menuruni tangga. Selain itu, kecanggihan Robot Meldog pula telah digunakan untuk membantu orang yang cacat deria penglihatan. Dalam bidang penyelidikan pula, teknologi robot seringkali digunakan bagi mengelakkan berlakunya kecuaian manusia. Peratusan berlakunya kecuaian dalam kalangan manusia akan lebih tinggi berbanding dengan robot.. Hal ini dianggap serius kerana kecuaian yang dilakukan boleh mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa. Hal ini disebabkan, kecekapan manusia adalah bergantung kepada emosi, faktor fizikal serta stamina.  

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

INTERVENSI KAUNSELING UNTUK MEMBANTU PELAJAR YANG LEMAH DALAM AKADEMIK (Counseling Interventions to Help Students Who Are Weak in Academics)

Dalam membantu pelajar lemah dari segi akademik, pelbagai intervensi kaunseling yang boleh dilakukan. Pertama, kaunselor boleh menjalankan kaunseling individu bersama pelajar terbabit bagi mengenalpasti masalah sebenar pelajar dan punca sebenar. Kemungkinannya, masalah berpunca dari rumah, di sekolah ataupun masalah yang berpunca dari pelajar itu sendiri. Maka, setelah punca dikenalpasti, intervensi lain bagi mengatasi punca tadi dapat dirancang untuk dilaksanakan.             Selain itu, kaunselor boleh menjalankan kaunseling kelompok yang berkaitan dengan laluan kerjaya. Dalam sesi kelompok ini, kaunselor melibatkan pelajar yang lemah dengan ahli-ahli kelas yang lain. sesi ini bukan sahaja akan memotivasikan pelajar lemah bahkan juga pelajar-pelajar yang lain. selain itu, ahli-ahli kelas turut dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan rakan-rakan mereka di dalam kelas.             Interve...

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

TEORI GAGNE SEMBILAN PERISTIWA PEMBELAJARAN (Gagne Nine Events of Instruction)

                                       Teori Gagne  Nine Events of Instruction  atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh  Robert  M.  Gagne dapat membantu para guru di sekolah untuk memahami proses belajar sehingga  dapat  mempengaruhi  dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sembilan Peristiwa Pembelajaran tersebut termasuklah mendapatkan perhatian, memberitahu pelajar objektif, merangsang ingatan pembelajaran terdahulu, membentangkan kandungan, memberikan ‘bimbingan belajar’, mendapatkan prestasi (amalan), memberi maklum balas, menilai prestasi serta meningkatkan pemahaman dan memindahkan pengetahuan kepada kerja. Menurut Ismail Zain (2002), tidak semua peristiwa pembelajaran digunakan dalam sesuatu rancanga...