Empat cara guru dapat memupuk budaya berfikir dalam bilik darjah berserta cadangan aktiviti yang sesuai adalah seperti berikut:
1. Guru perlu menjadi model teladan atau orang yang menunjukkan amalan berfikir yang baik serta memperlihatkan tingkah laku pemikiran yang baik.
Sebagai contoh, guru perlu memeriksa kredibiliti sumber yang didapati terlebih dahulu sebelum menyampaikannya kepada pelajar di sekolah dan di dalam kelas. Di dalam kelas, aktiviti yang boleh dijalankan adalah melalui elemen merentas kurikulum dan nilai dalam pengajaran di dalam kelas. Selain itu, sepanjang aktiviti pengajaran di dalam kelas, guru perlu menyediakan jawapan yang tepat semasa sesi soal jawab di dalam kelas. Sesi soal jawab ini boleh mengandungi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang mampu merangsang pemikiran pelajar di dalam kelas.
2. Mengembangkan pemikiran melalui penjelasan.
Guru secara eksplisit menjelaskan mengapa kemahiran berfikir tertentu perlu digunakan, bila ia harus digunakan dan bagaimana kemahiran itu harus digunakan. Hal ini, seringkali akan berlaku dalam proses pembelajaran ketika proses penyampaian isi kandungan disampaikan. Contoh aktiviti yang boleh digunakan dan dilaksanakan adalah guru boleh menggunakan peta i-Think supaya pelajar boleh memberikan penjelasan yang dalam dan pemikiran mereka boleh dikembangkan.
3. Melalui interaksi dengan pelajar lain di mana peluang sama diberikan kepada semua murid untuk bekerja dalam sebuah kumpulan ketika menyelesaikan masalah, sumbang saran, atau bertukar dan menerima idea.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti perbincangan. Dalam kaedah Pembelajaran Abad Ke-21(PAK21) terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan dalam perbincangan contohnya Talking Chips, Rally Robin dan Gallery Walk.
4. Keempat adalah maklum balas, iaitu guru memberikan maklumat penilaian atau pembetulan mengenai proses berfikir pelajar.
Sebagai contoh, guru boleh memuji seorang pelajar setelah mereka menyatakan pandangan. Maklum balas sedemikian memberi pelajar maklumat mengenai tingkah laku berfikir mereka sendiri yang membantu mereka menjadi pemikir yang lebih baik. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti Gallery Walk. Melalui aktiviti ini, pelajar akan mengelilingi kelas dan menilai hasil kerja mereka yang telah diletakkan di sekeliling kelas. Melalui aktiviti ini, pelajar boleh menyatakan sendiri kelemahan dan kekuatan hasil kerja yang dihasilkan dan di akhirnya, guru membuat kesimpulan berkenaan hasil kerja pelajar.
Comments
Post a Comment