Skip to main content

KELEBIHAN DAN CABARAN MENGGUNAKAN KAEDAH TEMU BUAL SEBAGAI INSTRUMEN PENILAIAN KURIKULUM.



Jadual berikut menunjukkan tujuan, kelebihan dan cabaran apabila menggunakan temu bual sebagai instrumen penilaian kurikulum.

TEMUBUAL

TUJUAN

KELEBIHAN

CABARAN

Temu ramah biasanya merupakan situasi satu-satu di mana seseorang individu iaitu penemuramah akan mengemukakan soalan kepada individu kedua iaitu responden. Responden ini boleh jadi adalah guru, pengetua, pelajar, ibu bapa ataupun mana-mana individu yang berkaitan untuk proses penilaian kurikulum. 

 

Temu ramah kebiasaannya digunakan untuk memahami sepenuhnya kesan atau pengalaman seseorang, atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawapan mereka terhadap soal selidik

      Dapat maklumat lengkap dan mendalam. Maklumat yang didapati akan lebih mendalam kerana, pada sesi temu ramah apabila jawapan yang diberikan oleh responden tidak jelas dan tidak lengkap, maka penemuramah boleh menanyakan dengan lebih lanjut. 

 Dapat bersikap fleksibel dengan responden. Dalam hal ini, penemuramah boleh menetapkan masa sesuai mengikut kesesuaian masa responden dan penemuramah. Sesi ini juga boleh dijalankan secara formal atau santai mengikut kesesuaian dan persetujuan kedua-dua pihak. Jika terdapat maklumat dalam transkrip temu ramah yang tidak ingin dilaporkan, responden boleh memohon atau meminta penemuramah untuk tidak merekodkan maklumat tersebut.

 Dapat menjalin hubungan dengan responden. Melalui sesi temu ramah, hubungan antara responden dan penemuramah mungkin akan menjadi lebih rapat dan hal ini boleh membantu penemuramah dalam proses selepas temu ramah, iaitu pengumpulan data. Sekiranya terdapat soalan atau maklumat yang terlepas pandang, penemuramah boleh menghubungi semula responden tersebut.

 

 

       Mengambil masa. Proses temu ramah mengambil masa yang lama untuk diselesaikan walaupun hanya dengan seorang responden. Selain itu, setiap temu ramah perlu mendapat keizinan terlebih dahulu daripada orang yang akan ditemuramah. Maka proses ini menyebabkan instrumen kajian akan mengambil masa berbanding kaedah lain seperti soal selidik. 

 Sukar untuk dianalisis dan membandingkan. Tidak seperti soal selidik, instrumen temu ramah merupakan instrumen yang agak sukar untuk dianalisis dan dibandingkan. Segala data terkandung di dalam transkrip temu ramah dan data yang di kumpulkan adalah berbeza-beza berdasarkan responden.

      Boleh mahal. Memandangkan proses temu ramah agak lama, ianya juga boleh melibatkan kos yang tinggi.

 

Penemuramah boleh bersikap berat sebelah terhadap tindak balas responden.

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...

ISU PENDIDIKAN DI JEPUN (Issues of Education in Japan)

  Dua isu utama pendidikan yang membimbangkan para pendidik di negara Jepun dapat dilihat melalui isu peraturan ketat bagi pematuhan disiplin dan tekanan yang dialami disebabkan persaingan sengit yang berlebihan.             Bagi memastikan disiplin pelajar terjamin, peraturan disiplin di Jepun adalah sangat ketat.  Di peringkat menengah misalnya, terdapat pengawasan daripada pihak berkenaan bagi memastikan bahawa semua pelajar akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Antara peraturan yang mesti dipatuhi termasuklah kod etika berpakaian, aktiviti yang dijalankan di luar sekolah dan gaya rambut. Namun, dalam konteks negara Malaysia, perkara sebegini adalah sangat normal kerana kementerian pendidikan turut menggariskan beberapa peraturan yang wajib dipatuhi selagi bergelar seorang murid ataupun pelajar. Peraturan-peraturan ini hendaklah dipatuhi dan terdapat beberapa jenis hukuman yang boleh dilaksanakan mengikut garis panduan yang b...