Jadual berikut menunjukkan tujuan, kelebihan dan cabaran apabila menggunakan temu bual sebagai instrumen penilaian kurikulum. TEMUBUAL TUJUAN KELEBIHAN CABARAN Temu ramah biasanya merupakan situasi satu-satu di mana seseorang individu iaitu penemuramah akan mengemukakan soalan kepada individu kedua iaitu responden. Responden ini boleh jadi adalah guru, pengetua, pelajar, ibu bapa ataupun mana-mana individu yang berkaitan untuk proses penilaian kurikulum. Temu ramah kebiasaannya digunakan untuk memahami sepenuhnya kesan atau pengalaman seseorang, atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawapan mereka terhadap soal selidik Dapat maklumat lengkap dan mendalam. Maklumat yang didapati akan lebih mendalam kerana, pada sesi temu ramah apabila jawapan yang diberikan oleh responden tidak jelas dan tidak lengkap, maka penemuramah boleh menanyakan dengan lebih lanjut. Dapat bersikap fleksibel dengan responden. Dalam hal ini, penemurama...