Skip to main content

Posts

FASA PENILAIAN KURIKULUM YANG MESTI DIPERTIMBANGKAN

  Empat fasa penilaian kurikulum yang mesti dipertimbangkan adalah seperti berikut: 1. Aspek kurikulum yang akan dinilai Penilai menentukan apa yang hendak dinilai. Antara aspek yang mungkin dinilai adalah seperti: • Sistem sekolah • Tahap gred tertentu • Mata pelajaran tertentu. • Dan lain-lain Objektif aktiviti penilaian ada peringkat ini perlulah dinyatakan dengan jelas. 2. Pengumpulan data Pada peringkat ini, penilai akan mengenal pasti maklumat yang akan dikumpulkan dan alat atau instrumen yang akan digunakan untuk mengumpulkan data. Instrumen pengumpulan data adalah seperti, temu ramah, kaji selidik, ujian, pemerhatian dan ulasan dokumentasi. Selain itu, di tahap ini penilai juga akan mengenal pasti individu atau kumpulan yang akan terlibat sebagai orang yang akan memberikan maklumat dalam proses pengumpulan data ini. Sebagai contoh, para guru terlibat dalam proses pengumpulan data menggunakan instrumen temu ramah. 3. Analisis maklumat Di peringkat ini, data yan...
Recent posts

CIRI KURIKULUM PROGRESIF

Lima ciri kurikulum progresif adalah: 1.       Guru harus merancang pengajaran yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu dan mendorong pelajar ke arah pemikiran dan pembinaan pengetahuan yang lebih tinggi.  Sebagai contohnya dalam mata pelajaran Sains. Selain membaca buku teks dan menjawab soalan-soalan guru di dalam kelas, , pelajar mesti belajar sesuatu konsep Sains dengan melakukan eksperimen, lawatan lapangan di mana mereka dapat berinteraksi dengan flora dan fauna, ataupun dengan melakukan aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek. 2.       Guru tidak boleh hanya memusatkan perhatian pada satu bahagian sahaja pada satu masa tetapi harus memperkenalkan pelajaran yang menggabungkan beberapa mata pelajaran yang berbeza. Hal ini berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia yang mana guru yang mengajar akan menetapkan Elemen Merentas Kurikulum dalam pengajaran mereka. sebagai contoh dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris tahun 1 yang ...

KELEBIHAN DAN CABARAN MENGGUNAKAN KAEDAH TEMU BUAL SEBAGAI INSTRUMEN PENILAIAN KURIKULUM.

Jadual berikut menunjukkan tujuan, kelebihan dan cabaran apabila menggunakan temu bual sebagai instrumen penilaian kurikulum. TEMUBUAL TUJUAN KELEBIHAN CABARAN Temu ramah biasanya merupakan situasi satu-satu di mana seseorang individu iaitu penemuramah akan mengemukakan soalan kepada individu kedua iaitu responden. Responden ini boleh jadi adalah guru, pengetua, pelajar, ibu bapa ataupun mana-mana individu yang berkaitan untuk proses penilaian kurikulum.    Temu ramah kebiasaannya digunakan untuk memahami sepenuhnya kesan atau pengalaman seseorang, atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawapan mereka terhadap soal selidik       Dapat maklumat lengkap dan mendalam.  Maklumat yang didapati akan lebih mendalam kerana, pada sesi temu ramah apabila jawapan yang diberikan oleh responden tidak jelas dan tidak lengkap, maka penemuramah boleh menanyakan dengan lebih lanjut.    Dapat bersikap fleksibel dengan responden.  Dalam hal ini, penemurama...

CIRI KURIKULUM ESSENTIALIST

    Lima ciri kurikulum essentialist adalah: 1.       Disiplin diperlukan untuk pembelajaran sistematik di sekolah. Pelajar bukan sahaja menuntut ilmu di sekolah tapi, belajar menghormati peraturan  sekolah dan masyarakat. Dalam pendidikan di Malaysia, elemen disiplin merupakan elemen yang penting yang mana setiap institusi pendidikan terutamanya sekolah-sekolah sangat mementingkan disiplin pelajar sebagai satu cara memastikan kemenjadian murid adalah seimbang dalam semua aspek. Di sekolah-sekolah terdapat peraturan yang perlu dipatuhi dan peraturan-peraturan tersebut kebiasaannya dibukukan di dalam buku disiplin dan peraturan. Maka, kesemua pelajar adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan tersebut.   2.       Guru perlu berpengetahuan dan berpendidikan tinggi.  Guru perlu tahu dan pakar dalam isi kandungan yang diajarkan serta dapat menyampaikan pengetahuan mereka kepada pelajar dengan baik. Di institusi...

CARA GURU DAPAT MEMUPUK BUDAYA BERFIKIR DALAM BILIK DARJAH BERSERTA CADANGAN AKTIVITI YANG SESUAI

    Empat cara guru dapat memupuk budaya berfikir dalam bilik darjah berserta cadangan aktiviti yang sesuai adalah seperti berikut: 1.       Guru perlu menjadi model teladan atau orang yang menunjukkan amalan berfikir yang baik serta memperlihatkan tingkah laku pemikiran yang baik.  Sebagai contoh, guru perlu memeriksa kredibiliti sumber yang didapati terlebih dahulu sebelum menyampaikannya kepada pelajar di sekolah dan di dalam kelas. Di dalam kelas, aktiviti yang boleh dijalankan adalah melalui elemen merentas kurikulum dan nilai dalam pengajaran di dalam kelas. Selain itu, sepanjang aktiviti pengajaran di dalam kelas, guru perlu menyediakan jawapan yang tepat semasa sesi soal jawab di dalam kelas. Sesi soal jawab ini boleh mengandungi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang mampu merangsang pemikiran pelajar di dalam kelas.   2.       Mengembangkan pemikiran melalui penjelasan.   Guru secara eksplisit menje...

FAEDAH MENGGALAKKAN KEMAHIRAN BERFIKIR DI SEKOLAH

    Lima faedah menggalakkan kemahiran berfikir di sekolah adalah seperti berikut: 1.       Mendorong sifat ingin tahu murid. Rasa ingin tahu wujud untuk membantu murid dalam memperoleh pemahaman yang lebih mendalam bukan sahaja yang berlaku di kawasan sekitar mereka, tetapi yang berlaku di seluruh dunia. Semasa proses pembelajaran di sekolah, murid akan berasa ingin tahu terhadap topik yang diajarkan dan akan berfikir dengan lebih mendalam. Melalui proses tersebut murid akan meneroka dan mencari sebab sesuatu perkara berlaku, mengenalpasti masalah yang berlaku, memikirkan jalan penyelesaian dan menyatakan kebaikan atau keburukan sesuatu perkara.   2.       Meningkatkan kreativiti murid. Adalah menyenangkan bagi seorang guru apabila melihat bahawa murid di sekolah dapat menunjukkan nilai kreativiti yang sangat tinggi di sekolah. nilai kreativiti sebenarnya boleh dipupuk dan dihasilkan dengan gaya pemikiran murid yang berbe...

EMPAT PRINSIP KONSTRUKTIVIS YANG HARUS DIAMALKAN OLEH GURU DI DALAM BILIK DARJAH

  Empat prinsip konstruktivis yang harus diamalkan oleh guru di dalam bilik darjah jika mahu membina pengetahuan yang bermakna dalam kalangan pelajar adalah seperti yang berikut: 1.       Kecenderungan untuk belajar.  Di dalam kelas terdapatnya tahap kecerdasan pelbagai dan minat pelajar yang berbeza-beza. Peranan guru dalam menyampaikan isi pembelajaran yang berkesan perlu menitikberatkan aspek-aspek tersebut. Maka, guru perlu merancang sebuah aktiviti yang menarik, sesuai dengan tahap pelajar dan minat pelajar. Aktiviti tersebut perlu menarik minat pelajar supaya boleh melibatkan diri secara aktif di dalam pembelajaran. Dalam merancang aktiviti menarik, guru boleh merujuk aktiviti-aktiviti yang tersenarai dalam strategi pengajaran Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) yang telah diperkenalkan secara meluas dalam sistem pendidikan negara. 2.       Pengelompokan pengetahuan dapat dibina agar dapat difahami oleh pelajar dengan lebih b...