Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

LIMA SEBAB MENGAPA PERANCANGAN PENDIDIKAN ADALAH KRITIKAL UNTUK KEJAYAAN SISTEM PENDIDIKAN DI NEGARA AFRIKA SELATAN

  Terdapat lima sebab mengapa perancangan pendidikan adalah kritikal untuk kejayaan sistem pendidikan di negara Afrika Selatan.             Sebab pertama adalah kerana terdapat kaitan rapat di antara perancangan pendidikan dengan pembangunan negara. Pendidikan adalah penting bagi memastikan kemajuan sesebuah negara. Afrika Selatan dahulunya pernah dikecam atas dasar aparteid, namun kini ianya merupakan sebuah negara maju dan demokratik dengan populasi penduduk kulit putih yang paling ramai di dalam benua Afrika. Negara tersebut menjadi semakin maju setelah pemansuhan dasar aparteidnya yang mendiskriminasikan kaum. Maka, ianya membolehkan bidang pendidikan dapat ditadbir dengan baik sebagai salah satu langkah untuk memberikan kemajuan kepada masyarakat dan negara kerana semakin baik tahap pendidikan masyarakat dalam sesebuah negara, semakin cepat pembangunan yang dikecapi oleh negara tersebut.      ...

KONSEP AUTONOMI DAN DESENTRALISASI DALAM SISTEM PENDIDIKAN SWEDEN (The Concept of Autonomy and Decentralization in The Swedish Education System)

  Konsep autonomi dan desentralisasi dalam sistem pendidikan Sweden bermaksud, institusi-institusi pendidikan tinggi diberikan autonomi  dan diletakkan di bawah satu pusat pentadbiran.             Melalui bidang autonomi, Institusi Pengajian Tinggi dilihat mempunyai autonomi dalam pengurusan kewangan, penetapan program yang akan ditawarkan serta pentadbiran institusi.              Selain itu, pembiayaan dianggap sebagai satu instrumen yang besar yang diberikan oleh kerajaan untuk mentransformasikan pengajian tinggi. Pembiayaan ini merujuk kepada jumlah wang yang disalurkan kepada pengajian tinggi tersebut. apabila jumlah kewangan yang disalurkan rendah, maka sesebuah institusi pengajian tinggi pasti akan menggunakan autonomi yang ada untuk mencari sumber kewangan lain kerana pengurusan kewangan adalah telah diberikan autonomi oleh pihak kerajaan. Hal ini...

TIGA CIRI KURIKULUM 2005 DI AFRIKA SELATAN (Three Features of 2005 Curriculum 2005 in South Africa)

    Tiga ciri Kurikulum 2005 di negara Afrika Selatan adalah, kerjasama, pemikiran kritikal dan tanggungjawab sosial.  Kerjasama merupakan nilai penting dalam masyarakat yang diterapkan di dalam Kurikulum 2005 Afrika Selatan. Hal ini melibatkan semua pihak lebih-lebih lagi antara guru dan murid dalam bidang pendidikan. Para pendidik mempunyai cabaran yang sangat mencabar setelah era aparteid bagi memastikan bahawa setiap individu di negara tersebut akan mendapatkan pendidikan yang sepatutnya. Maka kerjasama dalam kalangan para pendidik adalah sangat diperlukan. Selain itu, para murid atau pelajar juga perlu memberikan kerjasama yang sangat padu bagi memastikan diri mereka mendapat pendidikan yang sepatutnya dan secukupnya.              Ciri kedua adalah kemahiran berfikir secara kritis. Sistem pendidikan di kebanyakan negara dalam dunia masa kini lebih menekankan elemen kemahiran berfikiran secara kritis ata...

ISU PENDIDIKAN DI JEPUN (Issues of Education in Japan)

  Dua isu utama pendidikan yang membimbangkan para pendidik di negara Jepun dapat dilihat melalui isu peraturan ketat bagi pematuhan disiplin dan tekanan yang dialami disebabkan persaingan sengit yang berlebihan.             Bagi memastikan disiplin pelajar terjamin, peraturan disiplin di Jepun adalah sangat ketat.  Di peringkat menengah misalnya, terdapat pengawasan daripada pihak berkenaan bagi memastikan bahawa semua pelajar akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Antara peraturan yang mesti dipatuhi termasuklah kod etika berpakaian, aktiviti yang dijalankan di luar sekolah dan gaya rambut. Namun, dalam konteks negara Malaysia, perkara sebegini adalah sangat normal kerana kementerian pendidikan turut menggariskan beberapa peraturan yang wajib dipatuhi selagi bergelar seorang murid ataupun pelajar. Peraturan-peraturan ini hendaklah dipatuhi dan terdapat beberapa jenis hukuman yang boleh dilaksanakan mengikut garis panduan yang b...

SERBA SEDIKIT MENGENAI SISTEM PENDIDIKAN DI JEPUN (A Little Bit About The Education System In Japan)

    Setelah berakhirnya Perang Dunia II, terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan di negara Jepun. Setelah runtuhnya sistem lama, idea dan cadangan baru telah diperkenalkan kepada pendidikan di Jepun oleh  United States Education Mission.   Maka, hal ini menjadi titik permulaan kepada penyusunan semula pendidikan yang mana mewajibkan pendidikan kepada semua orang Jepun. Sebelum Perang Dunia II, pendidikan di Jepun tidak dapat diakses secara meluas dan hanya eksklusif kepada golongan yang berada di tahap sosioekonomi yang lebih baik sahaja.              Selain itu, kandungan buku teks dan kurikulum telah dikaji semula untuk menitikberatkan lebih kepada kajian sosial dan tidak hanya kepada pendidikan moral semata-mata. Di peringkat era pasca perang dunia II juga, Jepun menetapkan bahawa pendidikan asas wajib hendaklah diikuti selama sembilan tahun dan meneruskan pelajaran ke peringka...

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN serta STRUKTUR PENDIDIKAN

  MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN             Matlamat dan objektif pendidikan mempunyai definisi yang berbeza. Matlamat dilihat lebih umum, abstrak manakala objektif dilihat lebih spesifik dan teguh. Dalam konteks Kementerian Pendidikan Malaysia, kementerian telah menetapkan matlamat pendidikan kebangsaan iaitu, melahirkan insan yang baik dan sempurna dengan menghayati ciri-ciri seperti percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Objektif Kementerian Malaysia pula lebih spesifik dengan memfokuskan kepada penghasilan modal insan yang cemerlang dan seimbang dalam segala aspek seperti yang dinyatakan dalam hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.    STRUKTUR PENDIDIKAN             Struktur Pendidikan pula adalah merujuk kepada turutan ataupun peringkat pendidikan bermula dari bawah sehingga yang tertinggi. Dalam konteks Malaysia...

KONSEP PENDIDIKAN ASAS, PENDIDIKAN FORMAL, PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (The Concept of Basic Education, Formal Education & Non-formal Education)

  Penerangan secara terperinci tentang konsep pendidikan asas, pendidikan formal, pendidikan bukan formal adalah seperti berikut:              Pendidikan asas ( basic education)   adalah merujuk kepada kegiatan atau aktiviti-aktiviti pendidikan yang pelbagai serta berlaku dalam keadaan yang berbeza. Pendidikan yang  bertujuan untuk memenuhi keperluan pembelajaran asas ini terlibat semasa di sekolah formal di sekolah rendah dan juga menengah. Di Malaysia, antara pendidikan asas yang boleh dilihat adalah di peringkat Prasekolah dan tadika. Di peringkat ini, anak-anak akan mempelajari asas akademik seperti belajar mengenal dan menyebut huruf, menulis huruf dan nombor, mengira dan banyak lagi ilmu pendidikan asas sebagai satu persediaan ke alam persekolahan perdana. Selain itu, anak-anak akan mempelajari ilmu dan kemahiran asas di peringkat awal. Contohnya, di tahap satu murid-murid akan mempelajari operasi asas...

MOBILE LEARNING (Pembelajaran Mobil)

  Mobile learning  atau pembelajaran mobil merupakan pembelajaran yang menggunakan teknologi mudah alih. Terdapat beberapa cara penyampaian pembelajaran mobil  yang dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran ini boleh berlangsung sama ada secara format, tidak formal atau kedua-duanya sekali.        Di dalam kelas, satu cara pembelajaran mobil yang boleh dilaksanakan adalah dengan cara guru membekalkan beberapa soalan atau tugasan untuk dijawab oleh murid sepanjang proses pengajaran di dalam kelas. Maka, bagi menjawab tugasan tersebut, murid akan menggunakan telefon pintar untuk mencari maklumat berkaitan soalan. Maklumat tersebut boleh didapatkan melalui  carian enjin seperti Google ataupun Yahoo.         Kedua, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, saya turut menjalankan pembelajaran mobil bersama murid-murid yang berada di dalam rumah masing-masing. Memandangkan sambunga...

5 DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL (5 Domains of Isntructional Technology)

  Seels dan Richey (1994) mengenal pasti lima domain yang menyumbang kepada bidang teknologi pengajaran iaitu, reka bentuk, pengembangan atau pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian.             Domain yang pertama adalah  reka bentuk . Peringkat ini berkaitan dengan rancangan awal guru sebelum melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Antara aspek yang diambil kira dalam memastikan bahawa peringkat ini dilaksanakan dengan baik, guru akan menetapkan objektif pembelajaran, faedah dan pendekatan yang akan digunakan, strategi dan aktiviti pembelajaran yang sesuai, bahan pembelajaran yang terlibat serta rujukan yang diperlukan. Selain itu, aspek seperti tahap dan keupayaan murid turut diambil kira. Guru haruslah memastikan kelemahan dan kelebihan murid yang terlibat di dalam kelas dan mengetahui pengetahuan sedia ada mereka. Di samping itu, latar belakang dan tahap sosial juga perlu dikenalpasti. Sebagai c...

MODEL INSTRUKSIONAL DICK DAN CAREY (Dick and Carey Instructional Model)

                    Rajah di atas menunjukkan  model yang telah direka oleh Dick dan Carey untuk pembelajaran yang mengandungi sepuluh komponen. Peringkat pertama adalah  mengenalpasti matlamat pengajaran . Di peringkat ini  guru mengenalpasti matlamat atau objektif dalam pembelajaran yang hendak dicapai. Contohnya, di akhir pembelajaran apakah kemahiran atau maklumat yang akan dicapai oleh murid. Selain itu, bagi mencapai semua objektif, guru memikirkan cara bagaimana hendak mencapai semua objektif yang ditetapkan.             Seterusnya,  adalah  mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid , ciri-ciri dan latar belakang murid sebelum mengendalikan  pengajaran supaya pengajaran tersebut bersesuaian  untuk dilaksanakan kepada semua   murid yang berada di dalam kelas.  Pengetahuan se...

CIRI PENETAPAN MATLAMAT KAUNSELING YANG BAIK

             Antara ciri penetapan matlamat kaunseling yang baik adalah seperti matlamat hendaklah berhubung kait dengan tujuan akhir kaunseling dan hendaklah selari dengan pengakhiran yang dicari oleh klien. Sebagai contoh, seorang pelajar mendapatkan perkhidmatan kaunseling untuk dapat mengubah dirinya untuk lebih rajin belajar. Maka, matlamat kaunseling yang ditetapkan hendaklah seiring dengan matlamat pelajar tersebut.             Matlamat kaunseling juga perlu eksplisit dan boleh diukur. Dalam penetapan objektif pengajaran dalam kelas, guru perlu menetapkan objektif yang eksplisit dan boleh diukur sebelum melaksanakan pembelajaran di dalam kelas. Objektif yang boleh diukur dan eksplisit memudahkan guru mengukur kefahaman murid dengan lebih baik dan tepat. Sebagai contoh, di akhir pembelajaran murid akan dapat membanding beza antara kehidupan di bandar dan di kampung. Dalam penetapan matlamat kaunseling, matlamat ...

SALAH ANGGAP BERKAITAN KAUNSELING (Misconceptions About Counselling)

                   Dalam bidang kaunseling terdapat banyak salah faham atau salah anggap berkenaan bidang berkenaan. Antara dua salah faham tersebut sebagai contoh adalah kaunseling untuk mereka yang bermasalah dan kaunseling adalah untuk menyelesaikan masalah.      Kaunseling sebenarnya tidak hanya digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah tingkah laku. Namun, kaunseling juga digunakan untuk perkara yang positif. Di sekolah contohnya, kaunseling bukan hanya kepada pelajar yang bermasalah disiplin dan tingkah laku sahaja. Kaunselor di sekolah juga membimbing pelajar dalam bidang penentuan hala tuju kerjaya. Banyak pelaksanaan yang dijalankan di sekolah oleh kaunselor yang bukan hanya untuk memulihkan murid bermasalah. Kaunselor di sekolah juga akan mengadakan minggu kerjaya sebagai cara memotivasikan pelajar untuk mempunyai impian dan hala tuju dalam memilih kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan personaliti di mas...

INTERVENSI KAUNSELING UNTUK MEMBANTU PELAJAR YANG LEMAH DALAM AKADEMIK (Counseling Interventions to Help Students Who Are Weak in Academics)

Dalam membantu pelajar lemah dari segi akademik, pelbagai intervensi kaunseling yang boleh dilakukan. Pertama, kaunselor boleh menjalankan kaunseling individu bersama pelajar terbabit bagi mengenalpasti masalah sebenar pelajar dan punca sebenar. Kemungkinannya, masalah berpunca dari rumah, di sekolah ataupun masalah yang berpunca dari pelajar itu sendiri. Maka, setelah punca dikenalpasti, intervensi lain bagi mengatasi punca tadi dapat dirancang untuk dilaksanakan.             Selain itu, kaunselor boleh menjalankan kaunseling kelompok yang berkaitan dengan laluan kerjaya. Dalam sesi kelompok ini, kaunselor melibatkan pelajar yang lemah dengan ahli-ahli kelas yang lain. sesi ini bukan sahaja akan memotivasikan pelajar lemah bahkan juga pelajar-pelajar yang lain. selain itu, ahli-ahli kelas turut dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan rakan-rakan mereka di dalam kelas.             Interve...

CIRI SEORANG KAUNSELOR YANG EFEKTIF (Characteristics of an Effective Counsellor)

  Kaunselor memainkan peranan penting dalam kaunseling. Berikut merupakan huraian lima ciri seorang kaunselor yang efektif.             Seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang tidak pakar dalam bidangnya sendiri akan memberikan impak negatif kepada sesi kaunseling dan kliennya. Maka, dalam mendapatkan pengetahuan yang luas, seorang kaunselor seharusnya telah menamatkan pembelajaran formal dalam ijazah yang berkaitan kaunseling daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. selain itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu diamalkan agar pengetahuan yang dimiliki seiring dengan peredaran zaman.             Selain itu, seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaunseling. Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seorang kaunselor efektif dalam bidangnya. Ketika pembelajaran...

PERANAN KAUNSELOR SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KONDUSIF UNTUK PELAJAR (The Role of School Counselor in Creating a Conducive Environment for Students)

Kaunselor sekolah dapat membantu mewujudkan persekitaran kondusif untuk pelajar belajar terutamanya dalam aspek emosi dan mental. Jika pelajar berasa ceria dari segi emosi dan mental, maka secara langsungnya ia akan memotivasikan pelajar untuk minat dalam belajar dan persekitaran kondusif turut diwujudkan.             Kaunselor banyak menangani masalah buli di sekolah. Pelajar yang sering dibuli di dalam kelas akan merasakan bahawa persekitaran di dalam kelas adalah tidak kondusif baginya. Maka, sebagai intervensi kaunselor boleh menjalankan kaunseling individu kepada yang membuli dan yang dibuli. Selain itu, kaunseling berkelompok juga boleh dijalankan yang melibatkan keseluruhan murid di dalam kelas. Dalam sesi kaunseling kelompok ini, kaunselor boleh menjalankan intervensi yang dapat menyedarkan bahawa semangat setia kawan dan menghargai satu sama lain adalah penting dalam kehidupan.       ...

CABANG PSIKOLOGI

  Dalam bidang psikologi, terdapat beberapa cabang yang terlibat. Sebagai contoh adalah bidang psikologi pendidikan, psikologi kaunseling dan klinikal, psikologi personaliti dan psikologi sosial.             Bidang psikologi pendidikan merupakan kajian yang berkaitan dengan tingkah laku pembelajaran murid, gaya pembelajaran dan masalah pembelajaran dan tingkah laku murid di dalam kelas. Bidang psikologi ini merupakan bidang yang meluas dalam pendidikan dan mempunyai beberapa teori seperti behaviourisme, konstruktivisme, kognitivisme, metakognitif. Melalui aspek kognitif, beberapa jenis pemikiran seperti pemikiran kreatif, pemikiran kritis merupakan bidang atau topik yang akan dipelajari.             Bidang psikologi kaunseling dan klinikal pula terbahagi kepada dua iaitu klinikal dan kaunseling. Psikologi kaunseling adalah kajian yang berkaitan dengan masalah ting...

LIMA FASA PENDEKATAN EKSPOSITORI (5 phases of expository approach)

            Lima fasa pendekatan ekspositori adalah, orientasi (orientation), pembentangan atau penyampaian (presentation), amalan struktur (structure practice), amalan berpandu (guided practice) dan amalan bebas (independent practice). Melalui fasa ini, satu garis panduan pengajaran boleh dihasilkan.              Fasa pertama adalah orientasi. Dalam fasa ini, guru akan membuat satu rancangan pengajaran dengan menetapkan objektif pembelajaran, strategi, kaedah dan pendekatan yang bakal digunakan serta tugasan dan penilaian yang dijalankan. Dalam perancangan tersebut, guru akan mengenalpasti tahap murid dan pengetahuan sedia ada yang telah dikuasai oleh murid.              Di fasa penyampaian atau pembentangan, guru akan menyampaikan isi pelajaran seperti yang telah dirancang. Dalam proses ini pengajaran perlu selaras dengan perancangan yang telah dibuat ...

REVISI TAKSONOMI BLOOM & TAKSONOMI BLOOM (Revised Bloom's Taxonomy & Bloom’s Taxonomy

  Pada tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi pendidikan untuk mengembangkan klasifikasi tahap tingkah laku intelektual yang penting untuk pembelajaran. Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor. Domain kognitif bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mental dan pemerolehan pengetahuan individu.   Finn, A. S., Kraft, M. A., West, M. R., Leonard, J. A., Bish, C. E., Martin, R. E., Sheridan, M. A., Gabrieli, C. F., & Gabrieli, J. D. (2014),  kemahiran kognitif meramalkan prestasi akademik, jadi sekolah yang meningkatkan prestasi akademik juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif. Walaupun sebilangan besar orang menganggap pembelajaran sebagai fungsi intelektual, namun, pembelajaran bukan sekadar fungsi kognitif (intelektual) kerana manusia juga dapat mempelajari sikap, tingkah laku, dan kemahiran fizikal. Domain af...